Setiap hari fikirkan lauk ringkas untuk dimasak, jadi kami cadangkan anda buat Ayam Masak Bijan yang simple tapi sedap tak terkata pada hari ini.
Walaupun dikatakan Ayam Masak Bijan ini sesuai untuk orang berpantang, tapi hidangan ini sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Anda boleh buat Ayam Masak Bijan dengan mengikut resipi yang dikongsikan oleh Azizah daud di Facebook ini.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!
Bahan-bahan penyediaan ayam:
Bahan-bahan penyediaan sos:
Cara-cara:
1. Gaul dada ayam, bawang putih, kicap cair, minyak bijan, telur putih dan sedikit garam, kemudian perap sekejap supaya meresap.
2. Selepas itu, gaul tepung gandum dengan ayam perap tadi sehingga cukup rata.
3. Panaskan minyak masak yang banyak dan mula menggoreng ayam sehingga habis, kemudian ketepikan terlebih dahulu.
4. Campurkan stok ayam dengan air, kemudian masukkan semua bahan penyediaan sos kecuali tepung jagung ke dalam kuali.
5. Biarkan mendidih sehingga keluar buih-buih dan masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
6. Kacau rata sehingga nampak berbuih-buih dan pekat, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Selepas itu, kacau rata lagi sehingga kering dan tabur bijan. Siap untuk dihidang!
Anda boleh makan Ayam Masak Bijan ini sebagai lauk dengan nasi yang panas atau ratah begitu saja pun sedap.
Jika nak hidangan nampak lebih menarik lagi, anda boleh taburkan daun bawang di atasnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Azizah Daud
Baca juga: Ayam Masak Kicap Madu, Lauk Paling Mudah Tapi Manis Cukup Rasa
Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan…
Bendi goreng berlada telur sesuai dijadikan lauk ringkas untuk melengkapkan hidangan harian. Gabungan bendi yang…
Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…
Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…
Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…
Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…