Kalau anda sedang mencari lauk ayam yang rasanya unik, boleh cuba ayam masak bangla ini. Rasanya seakan-akan phat phet, tetapi bukan, manakala rasa kari pun ada sedikit tetapi tidak sama seperti kari biasa.
Resipi ini menggunakan bahan asas seperti bawang, serai, serbuk kunyit dan serbuk kari. Tambahan asam keping serta lada hitam kisar kasar pula membuatkan rasanya lebih beraroma dan menyelerakan.
Baca juga: Ikan Masak Kari Tanpa Serbuk Kari? Rahsianya Ganti Dengan Bahan ‘Ini’ Sebagai Rempah
Bahan-Bahan:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga harum dan masak.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati bersama bahan tumisan.
4. Tuangkan air secukupnya sehingga ayam boleh dimasak dengan sempurna.
5. Masak ayam sehingga empuk dan kuah mula meresap.
6. Masukkan asam keping dan lada hitam yang telah dikisar kasar.
7. Perasakan dengan garam, gula dan Ajinomoto jika digunakan.
8. Masukkan cili mengikut tahap kepedasan yang disukai.
9. Biarkan ayam mendidih sehingga kuah sebati dan rasanya meresap ke dalam ayam.
10. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih panas.
Tips:
Selamat mencuba!
Sumber: Aretha Siesuwan
Baca juga: Resepi Ikan Siakap Goreng Dengan Kuah Asam, Halia & Bawang Buat Kuah Lagi Wangi!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…