Categories: Resipi

Ayam Kukus Halia Chinese Style, Resipi Viral Untuk Juadah Berbuka

Juadah berbuka hari ini, jom buat Ayam Kukus Halia Chinese Style. Masakan berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Hampir semua keluarga sangat menyukai ayam dan menjadikannya lauk-pauk harian. Bila sebut menu ayam, memang terliur rasa pula bila terbayangkan Ayam Kukus Halia yang sangat menyelerakan. 

Baca juga: Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je 

Makan pula bersama nasi panas dan ulam-ulaman membuatkan sesiapa yang menikmatinya tak toleh kiri dan kanan!

Untuk menu ini, MyResipi ingin kongsikan resipi dari perkongsian Encik Mohd Rozmie di laman Facebook. Beliau tunjukkan langkah demi langkah supaya anda juga akan dapat result yang sama bila siap memasak nanti.

Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI AYAM KUKUS HALIA CHINESE STYLE

Menu ini selalunya mak mertua abang suka buat masa isteri abang dalam pantang dulu. Tapi abang yang makan lebih. Kah!

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ayam
  • 3 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 mangkuk kecil cendawan shitake
  • 1 biji cili merah

Cara-cara memasak: 

1. Halia potong halus macam mancis. Tapi kalau kau tak suka makan halia boleh jer potong kasar. Cendawan shitake perlu direndam dahulu supaya ia lembut dan potong dua jika besar.

2. Ayam yang telah dibersihkan masukkan ke dalam mangkuk besar. Taburkan bawang putih yang telah dipotong halus.

3. Kemudian, taburkan pula halia. Masukkan pula 2 sudu besar kicap pekat manis.

4. Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar minyak bijan, garam serta cili merah dan cendawan shitake yang telah dipotong tadi.

5. Perap dahulu kesemua bahan ini dalam 30 minit. Tak perlu dimasukkan air sebab masa kukus nanti ayam akan keluarkan airnya.

6. Selepas perap, panaskan air dalam periuk kukus. Bila air dah mula panas, letakkan mangkuk bersama bahan perapan ayam tadi dalam periuk kukus. 

7. Tutup tudung periuk dan kukus dalam anggaran 15 hingga 20 minit. Siap dikukus! 

8. Taburkan sedikit daun sup atau daun bawang jika ada (ini pun pilihan) dan dihidang bersama nasi panas.


Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!

Baca juga: Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam, Sesuai Untuk Menu Berpantang dan Berdiet

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago