Categories: Resipi

Resipi Tauhu Sumbat Bersama Kuah Kacang, Mesti Ramai Rindu Nak Makan

Tiada idea untuk minum petang? Asyik goreng pisang bosan juga kan, apa kata anda cuba resipi tauhu sumbat pula, confirm anak-anak suka. Dihidangkan pula dengan kuah kacang memang boleh membangkitkan selera.

Jom cuba cara buat tauhu sumbat yang dikongsikan oleh Encik Shah Shantry di bawah. Katanya resipi ini dibuat khas untuk isterinya yang mengidam. Mesti sedap ni!

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

RESIPI TAUHU SUMBAT KACANG TANAH

Bahan-bahan tauhu sumbat:

Cara-cara:

1. Tauhu digoreng sehingga masak, kemudian dipotong segi tiga. Tengah-tengah tauhu tu dikelar untuk sumbat sayur-sayur nanti.

2. Timun, sengkuang, lobak merah disagat atau dipotong memanjang. Taugeh dibuang ekornya, kemudian celur sekejap dengan air panas. Jangan celur terlalu lama, takut nanti lembik.

3. Bahan-bahan sayur bolehlah disumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan dikelarkan di tengah-tengah tu.

Bahan kuah kacang:

  • Kacang tanah – sangai tanpa minyak & kisar kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 3 batang serai
  • 15 biji cili kering
  • Air asam jawa
  • Gula merah, gula nisan @ gula kabung
  • Garam
  • Gula
  • Air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering dipotong kasar-kasar, kemudian goreng sekejap di dalam minyak. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan.

2. Masukkan bahan-bahan tadi dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

3. Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

4. Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah @ nisan berserta air asam jawa.

5. Kemudian masukkan kacang tanah yang dikisar kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air. Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana sama ada pekat atau agak-agak cair sikit.

6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Agak dah okay rasanya, boleh tutup api.

7. Siap kuah kacang. Bolehlah dimakan dengan tauhu yang dah disumbat tadi.

Kredit gambar & resipi: Shah Shatry

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

10 hours ago