Categories: Resipi

Ayam Cili Daun Kesum, Ini RAHSIA Lauk Harum Semerbak Aromanya

ayam cili daun kesumayam cili daun kesum

Ayam Cili Daun Kesum merupakan hidangan yang mempunyai rasa pedas, harum dan masam.

Hidangan ini diperbuat daripada beberapa ketulan ayam yang digoreng dahulu, kemudian dimasak bersama cili merah, daun kesum (juga dikenali sebagai daun laksa), serai, bawang merah dan bawang putih.

Daun kesum, juga dikenal sebagai daun laksa, adalah daun aromatik yang memberikan aroma khas pada lauk ini. Daun ini memiliki aroma yang segar dan sedikit bersifat citrus. 

Baca juga: Daging Goreng Cili Api, Cara SENANG ‘Bak Hang’ Ikut Resipi Ini

Antara bahan rahsia yang menyedapkan lagi lauk ini adalah dengan menambahkan minyak sapi untuk menaikkan lagi aromanya. 

Berikut adalah resipi yang boleh dicuba menerusi perkongsian dari Adikfoods. 


RESIPI AYAM CILI DAUN KESUM

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji cili merah besar
  • 11 biji cili padi merah
  • 11 biji cili padi hijau
  • 15 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 in halia
  • 1 in lengkuas

Cara-cara memasak:

1. Cairkan minyak sapi, goreng ayam yang digaul garam dan kunyit sehingga masak keperangan. Ketepikan.

2. Bahan kisar ditumis hingga wangi dengan minyak sapi. Masukkan gula perang tumiskan sehingga naik minyak.

3. Perasakan dengan sos tiram, garam, pati ayam dan masukkan sedikit air.

4. Masak dan gaul-gaul sehingga sebati. Masukkan ayam yang digoreng tadi, dua cekak daum kesom dan bawang besar. Gaul sebati.

5. Bila dan sebati, perahkan limau dan masukkan dua sudu minyak sapi biarkan cair sendiri tak perlu dikacau.

6. Siap dihidang.

Video penuh:

@adikfoods

#InspirasiRamadan #BukaPuasa #adikfoodsrecipe Adik’s Ayam Cili Daun Kesum. Kome kena buat resipi ni.. Sedap Ghe-Lerrr! Resipi Rahsia Dengan Penuh Kasih Sayang❤️ Rahsianya guna QBB Pure Ghee untuk rasa yang lebih sedap dan wangi semerbak. Moh le buat! . ▪️ Lagu kredit : Dendang Berbunyi . 🅱️ Bahan-bahan ¼ cwn QBB Pure Ghee ( untuk menggoreng & menumis) 1 ekor ayam – potong kecil, gaul garam & serbuk kunyit 1 ikan daun kesum- ambil daunnya 2 biji bawang besar – hiris bulat 1 sdb gula perang 2 sdb sos tiram 1 sdb pati ayam Garam secukup rasa 1 biji jus limau nipis . ▪️Bahan Kisar 5 biji cili merah besar 11 biji cili padi merah 11 biji cili padi hijau 15 biji bawang merah kecil 5 ulas bawang putih 2 batang serai 2 in halia 1 in lengkuas . #Adikfoods #Cooking #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokmy #tiktoksingapore #tiktokbrunei #yummy #fyp #fy #foryou #spicy

♬ original sound – AdikFoodS – AdikFoodS


Selamat mencuba resipi Ayam Cili Daun Kesum ini.

Sumber: Adikfoods

Baca juga: Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis, Simple Sangat Cara Buatnya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Kampung Ekspres, Campak-Campak Dah Siap!

Jika anda tinggal seorang diri dan mencari menu mudah untuk bersahur, jom MyResipi kongsikan resipi…

21 hours ago

Resipi Cara Berlauk Meriah Inti, Walau Sejuk Tetap Lembut & Sedap!

Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka puasa nanti? Apa kata jom cuba resepi…

21 hours ago

Jus Epal Asam Boi Sihat Dan Segar, Minum Segelas Pun Rasa Tak Cukup

Apabila makan di kedai, sekali-sekala kita akan pesan minuman seperti Jus Epal Asam Boi yang…

21 hours ago

Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan-Bulan, Kulat Putih Pun Tak Berani Naik

Nak memasak dengan lebih cepat dan mudah, mestilah kena buat cili kisar siap-siap terlebih dahulu.…

22 hours ago

Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Padu, Nasi Gebu & Daging Lembut Elok!

Nasi daging bersama air asam sangat terkenal di negeri utara tanah air. Hidangan ini biasanya…

22 hours ago

Resepi Puding Karamel Simple Tanpa Bau Telur, Hasil Selembut Sutera

Apakah pencuci mulut paling sedap pada bulan Ramadan? Semestinya Puding Karamel. Jika anda buat resepi…

23 hours ago