Categories: Resipi

Resipi Roti Sarang Lebah Air Fryer, Hasilnya Gebu Elok Macam Guna Oven

Roti sarang lebah ini pernah viral dalam kalangan peminat masakan di laman sosial. Roti ini sangat sedap dan lembut, ditambah pula dengan rasa lemak dari hirisan badam dan kekacang.

Bukan itu saja, roti ini juga menjadi bertambah sedap apabila dimakan dengan sos karamel atau butterscotch. Sangat rugi jika anda tidak pernah merasa roti ini.

Jika ada yang teringin nak cuba, mari ikuti bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara untuk membuat roti sarang lebah di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Sosej Gulung Yang Jimat, RM20 Dapat 40 Biji!

ROTI SARANG LEBAH GUNA AIR FRYER

Bahan-bahan roti:

  • 300 gram tepung high protein
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 sudu madu
  • 1 biji telur
  • 250 ml susu segar
  • 6 gram yis
  • 40 gram gula kastor
  • 40 gram butter
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar plain yogurt

Cara-cara:

Ada dua kaedah yang boleh dilakukan untuk membuat roti iaitu, menggunakan bread maker dan uli menggunakan tangan.

1. Kaedah 1, jika menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.

Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap diuli. Kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2. Bila dah siap uli, boleh terus ke langkah nombor 4.

2. Kaedah 2, jika uli tangan, masukkan semua bahan doh ke dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Setelah menjadi doh, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan. Hasilnya doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian, perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Letakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak dihidupkan suisnya supaya doh naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.

4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inci, boleh dapat 2 loyang.

Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula. Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda. Sediakan campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar, campuran ini untuk disapu ke atas roti nanti.

6. Sapu campuran telur dan susu segar tadi ke atas roti. Taburkan juga kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi dengan sapuan telur tadi supaya semua bahan topping melekat di atas doh.

7. Akhir sekali bakar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

Boleh juga guna air fryer. Bakar pada suhu 140°C pada suhu 10 minit. Kemudian tukar suhu kepada 160°C, sambung bakar selama 5 minit.

8. Beginilah rupanya bun selepas dibakar. Sapu permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.

9. Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum dicurahkan sos karamel. Untuk resepi sos karamel, anda boleh sediakan awal atau boleh buat sementara menunggu doh diperap.

Bahan-bahan sos karamel:

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan fresh cream
  • 1/2 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • 1 sudu esen vanilla
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara:

1. Cairkan butter, masukkan gula dan masak sehingga gula mencair

2. Tuangkan fresh cream, garam dan esen vanilla. Kacau rata.

3. Jika sos agak pekat, cairkan sedikit susu cair sehingga tekstur licin.

4. Sedia untuk dituangkan ke aras roti sarang lebah kita tadi. Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Roti Gebu, Azura Yusoff

Baca juga: Resipi Roti Paung Terengganu Terlajak Gebu, Uli Doh Guna Tangan Je!

Wan N

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

2 hours ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

2 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

2 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

18 hours ago