Sebut sahaja asam pedas tetel mesti menu ini sangat sinonim dengan negeri Melaka. Rasanya yang pedas, masam, dan pekat membuatkan ramai peminat.
Resipi ini juga anda boleh sahaja gantikan kepada ayam, ikan atau daging sekiranya tidak mahu menggunakan tetel. Terpulang kepada citarasa anda sendiri.
Tambahan lagi ketika memasak kuah asam pedas ini, anda disarankan untuk membiarkan kuah mendidih lama kerana lagi pekat kuah asam pedas dan rasanya akan lebih meresap.
Jom baca resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, belacan, kunyit hidup, dan lada hitam sehingga halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi. Kacau secara berterusan untuk memastikan bahan tumisan masak sekata.
3. Setelah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa (seperti aji atau hilal) secukup rasa. Tambahkan daun kesum dan bunga kantan.
4. Masukkan tetel dan daging yang telah direbus. Gunakan air rebusan daging untuk kuah bagi menambah kepekatan dan rasa. Jika menggunakan ayam atau ikan, masukkan bahan tersebut pada langkah ini juga.
5. Masukkan air asam jawa mengikut citarasa anda, sama ada mahukan kuah yang lebih pekat atau sedikit cair. Kacau sebati.
6. Masukkan bendi, terung, dan tomato. Kacau perlahan dan biarkan masak sehingga sayuran lembut dan kuah mendidih.
7. Setelah kuah masak sempurna dan rasa seimbang, tutup api.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Puan Zuriena
Baca lagi: Baby Kailan Goreng Bersama Bawang Putih Dan Udang, Bertambah Nasi Dibuatnya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…