Categories: Resipi

Resepi Swiss Roll Versi Jimat, Lembut Dan Gebu Macam Bantal Peluk!

Peminat pencuci mulut memang seronok jika dapat buat resepi Swiss Roll yang paling mudah dan jimat di rumah. Lebih-lebih lagi, ia merupakan antara jenis kek yang disukai ramai.

Swiss Roll disebut juga sebagai kek gulung yang dibuat dalam bentuk silinder dan setiap lingkaran mempunyai krim dengan rasa lazat berlainan seperti coklat, pandan, jem dan banyak lagi.

Baru-baru ini, kami telah terjumpa resepi Swiss Roll yang sangat menarik dalam versi jimat oleh Mhdr Nina di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!

RESEPI SWISS ROLL

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 90g gula pasir halus
  • 1 sudu makan ovalette
  • 100g tepung kek (self rising flour)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100g minyak jagung atau butter cair

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan semua bahan kecuali minyak. Kemudian, putar menggunakan kelajuan tinggi sehingga kelihatan kental dan berwarna putih.

2. Selepas itu, masukkan minyak dan kaup balik sehingga sebati.

3. Seterusnya, ambil sedikit adunan. Lebih kurang 2 sudu makan Letak pewarna coklat atau sedikit serbuk koko. Kacau dan masukkan ke dalam piping plastik.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di lapis dengan kertas minyak (saya guna loyang 12″x12″, jika tiada loyang besar, boleh buat separuh adunan saja, guna loyang 10″x10″).

5. Setelah itu, buat garisan memanjang menggunakan adunan coklat tadi, kemudian lorekkan menggunakan lidi.

6. Bakar pada suhu 170ºC selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak mengikut kesesuaian oven masing-masing. Setelah siap dibakar, sejukkan sebentar.

7. Sediakan sekeping kertas minyak, telangkupkan kek yang telah masak tadi. Letak krim, sapu rata. Gulung kek ketat-ketat dan bungkus sekejap menggunakan kertas minyak tadi.

8. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15 minit atau sehingga krim set. Kemudian, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

Resepi Swiss Roll ini sangat mudah dan jimat tanpa menggunakan banyak bahan sekalipun serta ia boleh dijadikan sebagai pencuci mulut yang sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Mhdr Nina

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago