asam pedas tetel

Sebut sahaja asam pedas tetel mesti menu ini sangat sinonim dengan negeri Melaka. Rasanya yang pedas, masam, dan pekat membuatkan ramai peminat.

Resipi ini juga anda boleh sahaja gantikan kepada ayam, ikan atau daging sekiranya tidak mahu menggunakan tetel. Terpulang kepada citarasa anda sendiri.

Tambahan lagi ketika memasak kuah asam pedas ini, anda disarankan untuk membiarkan kuah mendidih lama kerana lagi pekat kuah asam pedas dan rasanya akan lebih meresap.

Jom baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya

RESIPI ASAM PEDAS TETEL

Bahan-bahan:

  • Tetel dan daging (direbus terlebih dahulu, simpan air rebusan)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar
  • Sedikit belacan
  • Sedikit minyak masak untuk menghancurkan biji cili
  • Kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 sudu teh halba (boleh juga diabaikan jika tidak ada)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi atau terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

1.  Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, belacan, kunyit hidup, dan lada hitam sehingga halus.

2.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi. Kacau secara berterusan untuk memastikan bahan tumisan masak sekata.

3. Setelah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa (seperti aji atau hilal) secukup rasa. Tambahkan daun kesum dan bunga kantan.

4. Masukkan tetel dan daging yang telah direbus. Gunakan air rebusan daging untuk kuah bagi menambah kepekatan dan rasa. Jika menggunakan ayam atau ikan, masukkan bahan tersebut pada langkah ini juga.

5. Masukkan air asam jawa mengikut citarasa anda, sama ada mahukan kuah yang lebih pekat atau sedikit cair. Kacau sebati.

6. Masukkan bendi, terung, dan tomato. Kacau perlahan dan biarkan masak sehingga sayuran lembut dan kuah mendidih.

7. Setelah kuah masak sempurna dan rasa seimbang, tutup api.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Zuriena

Baca lagi: Baby Kailan Goreng Bersama Bawang Putih Dan Udang, Bertambah Nasi Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN