Selain ayam, tetel dan ikan, asam pedas yang turut menjadi pilihan adalah asam pedas telur ikan mayong.
Bagi sesetengah orang, mungkin tidak pernah jumpa dan tahu tentang telur ini. Tapi, bagi mereka yang suka, sudah pasti ia menjadi makanan yang esklusif.
Baca juga: Asam Pedas Ayam Cara SIMPLE, Masukkan Belacan Jenis Ini Bagi Sedap!
Ini kerana, nak dapatkan telur ikan mayong ini di pasar bukan mudah sebab telur ini bermusim.
Tetapi, memandangkan ramai dah mula menjual telur ikan mayong ‘frozen’ secara dalam talian, bolehlah anda cuba sendiri resipi asam pedas telur ikan mayong dari Azie Kitchen ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Satukan pes bawang bawang, halia dan belacan. Tumis pes ini sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.
2. Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan telor ikan dan asam jawa.
3. Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
4. Jika terlebih masam, masuk air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
NOTA:
Selamat mencuba resipi asam pedas ini.
Baca juga: Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…
Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…
Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…
Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…