Categories: Resepi

Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

Biasanya masak asam pedas mesti ikan pari lah ikan kembung lah. Tapi kali ni kena cuba buat masak asam pedas daging tetel pulak. Bukan biasa-biasa rasanya. Gerenti jilat jari walaupun baru pertama kali rasa.

Kalau tak percaya, boleh cuba dulu. Walaupun bunyinya unik dan risau pelik rasa dia, jangan risau sebab lama kelamaan mesti jadi salah satu masakan kegemaran dekat rumah kita.

Nak buat asam pedas daging tetel ni sama je dengan asam pedas ikan. Bezanya Cuma gunakan daging dalam masakan asam pedas ni. Bila makan dengan lemak daging tu, memang padu sebab kuah asam pedas menyerap masuk ke dalam daging kita.

Baca juga: Cara Buat Pes Ibu Sambal & Pes Asam Pedas, Buat Sekuali Terus!

Tetel ini ialah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang, lemak biasa, dan lemak harimau menangis. Nak beli daging tetel ni kena pandai pilih, kadang-kadang terpilih urat yang keras yakmat tu, ke bakul sampah jer lah jawabnya.

RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL


Kalau sekali buat pun boleh terus menjadi sedap dan family suka, confirm lepas ni tak yah cari asam pedas di Melaka dah. Buat dari dapur kita sendiri pun dah padu.

Portion hidangan: 3-4 orang makan

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tetel & 1/2 kg daging (direbus utk bg lembut)
  • Cili blend 3 senduk kecil
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4-5ulas
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil halba
  • Asam keping
  • Daun limau purut
  • Kerisik
  • Garam bukit & serbuk maggie secukup rasa

Cara Memasak:

1) Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, belacan, lada hitam dan jintan manis.
2) Panaskan minyak dan masukkan halba.
3) Tumis kan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
4) Masuk kan cili kering.
5) Masukkan asam keping, garam dan maggi secukup rasa.
6) Kacau sehingga naik minyak.
7) Bila cili dah garing, masukkan air rebusan daging beserta daging tetel yang telah direbus.
8- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau hingga sebati.
9) Siap untuk dihidang!

Makan lauk ni, hidangkan dengan nasi panas-panas. Barulah ngam nak makan. Ada yang suka masukkan tomato atau bendi sebagai bahan tambahan. Memang ramai yang sukalah terutama mak ayah kita.

Biasanya nak cari asam pedas pior ni dekat Melaka je kan. Kata orang memang tempatnya. Tapi insyaAllah lepas ni di mana pun kita berada kita boleh hasilkan rasa asam pedas yang marvellous. Sesuai dengan tekak kita.

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago