asam pedas batang keladi

Resipi asam pedas batang keladi ini sama sahaja seperti asam pedas yang biasa dimasak. Yang berbeza hanyalah penggunaan sayur ubi keladi.

Walau bagaimanapun, cara masak sayur keladi ini ada tekniknya yang tersendiri. Jika salah cara, akan terasa gatal di tekak bila dimakan.

Jom kita pelajari cara memasak asam pedas batang keladi yang betul seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Joanna Johan di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Johor Yang Padu, Ini Rahsia Supaya Kuah Pekat Elok

RESIPI ASAM PEDAS BATANG KELADI

Bahan-bahan:

  • Ubi keladi
  • 1.5 sudu besar udang kering (kisar dengan pengisar kering)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 7-10 tangkai cili kering yang direbus
  • Secubit belacan (jika suka)
  • Asam jawa
  • Daun kesum

Cara memasak:

1. Buang kulit ubi keladi, potong kiub dan rebus sehingga empuk. Apabila sudah empuk, toskan airnya. Ketepikan seketika.

2. Panaskan minyak, masukkan udang kering yang sudah ditumbuk atau dikisar. Kacau sehingga wangi.

3. Kemudian, masukkan bahan yang sudah dikisar iaitu bawang besar, bawang putih, cili kering yang sudah direbus dan sedikit belacan.

asam pedas batang keladi

4. Masak sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan air tapi jangan terlalu banyak nanti kuah cair.

5. Selepas itu, masukkan keladi yang direbus tadi.

6. Masukkan daun kesum, asam jawa dan garam. Boleh letak ajinomoto jika suka.

7. Sedap dimakan dengan ikan kering, telur masin dan ikan goreng. Selamat mencuba!

asam pedas batang keladi

Cara hilangkan gatal sayur keladi:

  1. Basuh bersih sayur keladi.
  2. Rebuskan air dan masukkan sayur keladi ke dalam periuk.
  3. Masukkan pinang muda kering/segar ke dalam rebusan itu.
  4. Rebus seketika sehingga empuk.
  5. Bila dah empuk, toskan dan boleh masak seperti biasa.

Antara tip lain:

  • Rendam potongan sayur keladi dalam air garam selama beberapa saat sebelum dimasak.
  • Boleh juga rendam dalam air yang dicampur dengan sedikit cuka atau air kapur.

Kredit resipi dan gambar: Joanna Johan via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Tapi Tetap Sedap Cukup Rasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN