asam pedas ayam berempah

Ramai yang suka menu asam pedas kan? Kalau dah selalu guna lauk ikan, kali ini apa kata jom kita cuba resipi asam pedas ayam berempah pula.

Selain dimakan dengan nasi, asam pedas ini juga sangat lazat jika digandingkan dengan roti canai, lempeng atau cucur ikan bilis.

Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi perkongsian oleh Puan Ida Adlina Salleh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Keladi, Rupanya Ada Cara Masak Supaya Tak Gatal Tekak

RESIPI ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 8 keping ayam
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai diketuk
  • Daun kesum atau boleh ganti dengan daun limau purut
  • Bendi (saya guna terung)
  • Air asam jawa atau 2 asam keping
  • Garam

Bahan kisar:

  • Segenggam cili kering (direbus lembut dan toskan)
  • Segenggam bawang merah (saya guna sebiji bawang Holland)
  • 3 ulas bawang putih
  • Beberapa hiris halia
  • Beberapa hiris lengkuas
  • 1/2 sudu teh tiap satu: ketumbar, jintan putih, jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit belacan

Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam pengisar. Kisar sehingga hancur.

2. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan serai.

asam pedas ayam berempah

3. Masukkan sedikit garam dan juga ayam. Masak ayam sehingga agak kecut dan air mula kering.

4. Masukkan pula bunga kantan.

5. Seterusnya, masukkan air dan masak hingga ayam agak empuk.

6. Kemudian, masukkan sayuran dan air asam jawa. Masak lagi sehingga sayur lembut.

7. Ubah suai rasa garam dan asam sehingga mencapai tahap selera.

8. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan biarkan selama beberapa minit.

9. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

asam pedas ayam berempah

Kredit resipi dan gambar: Ida Alina Salleh

Baca juga: Sedap Rupanya Asam Pedas Utara, Resipi Sihat Tanpa Guna Setitik Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN