Categories: Resipi

Apam Dewa Gebu Gebas, Nak Bercorak Cantik Guna Teknik Ini Sebelum Kukus

Sudah sering makan apam versi biasa, tapi kali ini lain dari yang lain kerana kami nak kongsikan kepada anda tentang resipi Apam Dewa yang cantik dan gebu.

Apam Dewa merupakan kuih orang dulu-dulu yang terkenal kerana warnanya indah dan berwarna-warni. Apabila dimakan, ia berbau harum dan teksturnya sungguh lembut.

Hasil perkongsian resipi daripada Tahrunnisah Jali di Facebook telah membuat ramai tertarik tentang cara mencorakkan kuih yang lazat ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Apam Kampung Gula Merah Tanpa Acuan, Naik Gebu Macam Kek Hasilnya!

RESIPI APAM DEWA

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur ayam
  • 1½ cawan gula blend
  • 2 cawan tepung gandum
  • Esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovalette (tambahan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, mix telur dan gula sampai kembang dan putih.

2. Selepas itu, masukkan ovalette dan pukul lagi dengan menggunakan kelajuan tinggi sehingga gebu serta ringan adunannya.

3. Kemudian, masukkan esen vanilla dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul dengan kadar pelahan.

4. Seterusnya, bahagikan kepada 3 atau 4 warna dan corakkan mengikut kesukaan tersendiri dalam loyang 9 inci.

*Cara saya: Mula-mula sendukkan satu adunan warna pertama pada dasar loyang, kemudian sendukkan satu adunan warna kedua pula di atasnya. Selepas itu, sendukkan satu adunan warna ketiga pula dan ulang sampai habis adunan.

5. Sebelum itu, rebus air sehingga mendidih untuk kukuskan apam. Setelah mendidih, barulah masukkan loyang yang terisi adunan apam tadi.

6. Kukus selama 1 jam dalam periuk kukusan yang ditutup dengan kain atau aluminium foil pada penutupnya supaya air tak jatuh atas apam. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Jika anda ingin sediakan minum petang yang sedap di rumah, bolehlah buat Apam Dewa yang cukup legend ini dan hasilnya yang cantik pasti membuatkan ramai tergoda melihatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Tahrunnisah Jali

Baca juga: Apam Balik Crispy Ala Pasar Malam, Boleh Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Guna Minyak!

Aimi

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

11 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

11 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

11 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

11 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

12 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

14 hours ago