Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang adalah suatu cara kreatif untuk memperingati semangat patriotik dan identiti negara.
Baca juga: 11 Promosi Makanan F&B Sempena Hari Merdeka Ke-66, Jangan Lupa ‘Redeem’!
Pelbagai cara digunakan orang ramai bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini, termasuk mengabadikan dalam bentuk makanan.
Berikut adalah cara untuk membuat aiskrim dalam bentuk Jalur Gemilang menerusi perkongsian Cik Puan Raini Rina Amri. Pada masa yang sama, boleh buat aktiviti bersama anak-anak!
RESIPI AISKRIM MALAYSIA JALUR GEMILANG
Bahan-bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 4 tin air
- 1/2 cawan gula
- 3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 sudu teh serbuk jelly/serbuk agar agar
- Esen vanilla
- Garam
- Strawberry filling
- Pewarna biru dan kuning
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan susu pekat, susu cair, air, esen vanilla dan garam. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan serbuk jelly. Didihkan sekejap kemudian tutup api.
3. Sementara tunggu bancuhan susu sejuk, paipkan strawberry filling ke dalam plastik aiskrim. Buat corak melintang.
4. Bahagikan bancuhan susu kepada 3 warna, putih biru dan kuning.
5.Untuk lapisan pertama, masukkan warna putih. Kemudian warna biru dan akhir sekali warna kuning.
6. Ikat aiskim, dan bekukan.
Nota tambahan: Sejukkan bancuhan susu dalam peti ais, supaya warna tidak mudah bercampur.
Selamat mencuba dan selamat menyambut hari kemerdekaan!
Baca juga: 3 Jam Nak Hasilkan 387 Biji Pau Jalur Gemilang Gergasi!