Sedapnya Aiskrim Kacang Merah ni. Kalau makan dikala musim panas, memang best dan boleh sejukkan badan.
Kalau beli di kedai, haih, sekejap je dah habis lebih-lebih lagi kalau keluarga ramai kan.
Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudara Zaky Mat Ali. Pasti puas hati makan.
Baca juga: Cara Buat Aiskrim Cawan, Boleh Buat Untuk Jadi Side Income Atau Makan Sendiri
CARA BUAT AISKRIM KACANG MERAH
Bahan-bahan:
- 350 gram Kacang Merah
- 2.5 liter air masak
- 1 cawan Gula
- 1/2 tin susu pekat
- 1 kotak Santan (kecil)
- 1 tin susu cair
- 3 sudu tepung jagung
- 3 sudu sirap
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Rendam kacang semalaman.
2. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.
3. Didihkan air, masukkan gula.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.
5. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.
6. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.
7. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.
8. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit: Zaky Mat Ali