air sirap kenduri

Bila kita buat air sirap di rumah, rasanya pasti tidak sama seperti air sirap kenduri yang kita biasa minum ni majlis kahwin.

Air sirap sudah sinonim dengan majlis kenduri kahwin dalam kalangan masyarakat kita.

Minum waktu cuaca panas memang sedap, sejuk tekak dibuatnya! Nak tahu rahsianya? Jom perkongsian resipi oleh Puan Azizah Zainudin di bawah.

Resipi Rahsia Air Sirap Kenduri

Resipi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang.

Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.

Air sirap je pun! Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi.

Bahan-bahannya seperti berikut:

  • Gula pasir 1 kg
  • Jintan manis 1 sudu besar
  • Buah pelaga 1 sudu besar
  • Daun pandan 2 helai
  • Sirap 2 sudu
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.

2. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.

3. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.

4. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan.

5. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!

Kredit: Azizah Zainudin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN