Categories: Resipi

Air Butterbeer Ala Harry Potter, Resipi Bancuhan Untuk Satu Gelas

Bagi peminat novel dan filem bersiri Harry Potter, tentunya kenal dengan minuman popular ini iaitu air Butterbeer. Terdapat banyak jenis butterbeer, antaranya butterbeer fudge, butterbeer ice cream dan minuman butterbeer homemade, yang disajikan panas, sejuk dan ais.

Dan paling popular ialah versi sejuk – minuman manis terdiri daripada soda dan mempunyai rasa karamel dan butterscotch yang membuatkan ramai ketagih. Untuk resipi air hari ini, minuman ini menggunakan bahan yang halal tau. Jadi, jangan risau!

Baca juga: Senarai Kedai Kopi Lokal Yang Setanding Dengan Jenama Kopi Antarabangsa

Sejak minuman itu diperkenalkan, ramai orang telah bereksperimen untuk membuat resipi sendiri. Walaupun Universal Studios kedekut nak kongsi resipi, tapi versi yang satu ini hampir sama dengan rasa asli. Mari ikuti resipi minuman ini dari perkongsian Sweet Tea and Sprinkles ini. 

RESIPI AIR BUTTERBEER ALA HARRY POTTER

Waktu penyediaan: 10 minit

Bahan-bahan: 

Cara-cara bancuhan: 

1. Pukul heavy cream dan gula aising bersama sehingga terbentuk puncak lembut, kemudian terus pukul sehingga anda mendapat tekstur yang gebu seperti dalam gambar. Ketepikan krim yang dipukul ini.

2. Pastikan aiskrim soda betul-betul sejuk sebelum memulakan. Tuangkan kira-kira 1 cawan ke dalam bekas pengadun besar atau mangkuk pukul.

3. Masukkan pula  5 sudu besar topping Butterscotch dan 2 sudu besar ekstrak mentega. Kacau hingga sebati. 

4. Setelah semua bahan ini sudah sebati, masukkan baki aiskrim soda yang ada sedikit demi sedikit. 

5. Cedokkan krim yang dipukul di atas dengan senduk saiz besar kemudian letak topping Butterscotch di atasnya.

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota tambahan: 

  • Kalau nak buat dalam kuantiti satu jug, anda boleh menggandakan resipi adunan ini.
  • Bagi penggemar Butterscotch, anda boleh buat tambah topping dengan whisk 1/4 cawan topping Butterscotch dan gula aising (ini akan akan menjadikannya lebih manis).
  • Kalau tak ada topping Butterscotch, boleh gantikan dengan topping karamel.

Selamat mencuba. Expecto patronum!

Sumber: Sweet Tea and Sprinkles

Baca juga: Resipi Oren Sunquick Ala Vitagen Guna 2 Bahan, Sekali Minum Mesti Ketagih!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Puas Hati Boleh Makan Satu Keluarga!

Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…

8 hours ago

Chef Zam Kongsi Resipi Mi Segera Asam Laksa Yang Kaw, Buat 1 Bungkus Tak Cukup!

Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…

9 hours ago

Tips Simpan Epal Supaya Tak Cepat Rosak, Segarnya Tahan Lama!

Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…

9 hours ago

Resepi Bingka Ubi Kayu Bakar, Cara Ini Dapat Hasil Kerak Lebih Garing!

Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…

10 hours ago

Cara Masak Tomyam Tanpa Pes, Resipi Tak Pedas Sesuai Untuk Budak

Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…

11 hours ago

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!

Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…

12 hours ago