air anggur

Sedapnya kalau berbuka nanti dapat minum sesuatu yang sejuk dan menyegarkan tekak seperti Air Anggur Laici ini. Setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca Malaysia yang panas.

Mudah saja nak buat air ni, anda semua wajib cuba untuk berbuka nanti ya! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya. Cara penyediaannya juga sangatlah ringkas.

Baca juga: Lagi Puas Kalau Buat Sendiri Lai Chi Kang, Boleh Letak Inti Yang Kita Suka!

RESIPI AIR ANGGUR LAICI YANG MENYEGARKAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Jus anggur (boleh guna ribena/sunquick anggur)
– Laici tin

Cara-cara:

1. Satukan jus anggur, air laici tin dan laici di dalam jag atau mangkuk besar. Kacau sebati.

2. Untuk jus anggur, boleh guna ribena atau sunquick anggur.

3. Boleh guna air laici dalam tin, campur dengan sedikit air.

4. Gabungan dua bahan ini sudah cukup manis, jadi tak perlu letak gula.

5. Jika tak suka air laici, boleh ganti dengan air soda tetapi jus anggur jangan letak banyak. Nanti terlampau manis pula.

6. Akhir sekali letakkan ais dan kacau sebati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Dani J Tang via Masak Apa Hari nI (MAHN)

Baca juga: Rahsia Kopi Ais Yang Sedap Kaw Kaw, Memang Rasa Puas Bila Minum!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN