Cuaca yang panas membuatkan tekak teringin makan sesuatu yang sejuk. Oleh itu, kami nak kongsikan kepada anda tentang resipi Agar Agar Santan Gula Melaka yang cukup segar.
Walaupun sekarang ada banyak resipi pencuci mulut, tapi kami lebih tertarik dengan Agar Agar Santan Gula Melaka yang lebih tradisional kerana menggunakan gula Melaka.
Bagi mendapatkan hasil yang cantik, ramai yang telah menggunakan telur untuk membuatnya. Namun, ada sesetengah orang yang tak boleh makan kerana mempunyai alahan pada telur.
Kami telah jumpa perkongsian resipi menarik oleh Zuhaidar Mohd Sofi di Facebook yang dibuat tanpa menggunakan telur dan hasilnya sangat memuaskan. Jom kita cuba!
Baca juga: Agar Agar Bandung Dengan 5 Bahan, Makan Sejuk-Sejuk Terus Kata Nikmat Dunia
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masak air bersama serbuk agar agar, gula melaka, garam, gula putih sampai larut.
2. Kemudian, masukkan santan pekat dan kacau supaya tak berketul.
3. Masak sampai mendidih dan agak lama sedikit, kemudian tutup api.
4. Selepas itu, masukkan dalam loyang atau acuan yang disukai.
5. Akhir sekali, sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam dan baru potong. Siap untuk dinikmati!
Ramai yang terkejut melihat hasil daripada resipi ini kerana walaupun tak menggunakan telur, kejadian Agar Agar Santan Gula Melaka ini tetap elok dan sedap dimakan.
Pulang kerja dan sampai rumah, mesti nak cari sesuatu yang boleh dimakan dan rasa segar. Oleh itu, pencuci mulut ini memang pilihan tepat untuk anda buat di rumah.
Bagi mempelbagaikan resipi pencuci mulut ini, anda boleh gantikan gula Melaka dengan air pandan. Nak buat dengan sirap pun boleh, jadilah macam pencuci mulut orang dulu-dulu.
Selamat mencuba!
Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi
Baca juga: Agar Agar Cermin Susu, Nak Hasil Elok Dan Cantik Berkilat Guna Resipi Ini
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…