agar agar cermin

Sudah sering buat pencuci mulut yang sama, lama-lama mesti terasa nak buat lain dari yang lain. Oleh itu, apa kata anda cuba buat Agar Agar Cermin Susu pula pada hari ini?

Sesetengah orang menyebut pencuci mulut ini dengan panggilan Puding Cermin Susu. Selain tekstur kenyal, ia sangat popular dengan rupa bentuknya yang jernih dan cantik.

Perkongsian hasil yang cantik berseri daripada resipi Agar Agar Cermin Susu oleh Eniza M. Salim telah membuatkan ramai tertarik untuk membuatnya sendiri di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Agar-Agar Kering Guna 5 Bahan, Hasil Cantik Dan Tahan Lama

RESIPI AGAR AGAR CERMIN SUSU

agar agar cermin

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 cawan susu pekat manis
  • Sedikit garam
  • 3 pewarna (ikut suka)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, rebus agar-agar dengan 4 cawan air.

2. Setelah mendidih, masukkan gula. Kemudian, kacau sehingga gula larut dan masukkan garam.

3. Seterusnya, tuangkan agar-agar jernih dalam piring kecil yang berasingan mengikut warna (3 piring).

4. Setelah beku, ketepikan dahulu.

5. Selepas itu tuangkan susu ke dalam lebihan agar-agar tadi. Kemudian, kacau dan perlahankan api.

6. Selanjutnya, potong agar-agar berwarna tadi dalam bentuk dadu. Tabur dalam loyang.

7. Akhir sekali, tuangkan agar-agar bersusu tadi. Sejukkan dan boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

agar agar cermin

Oleh kerana rupanya luar biasa, ramai mengganggap Agar Agar Cermin Susu sukar dihasilkan dan perlu teknik yang betul. Namun, ia merupakan resipi paling mudah dan semua orang boleh buat di rumah.

Jika ingin menyediakan pencuci mulut yang menarik dan sedap untuk jamuan atau potluck, kami cadangkan anda untuk buat Agar Agar Cermin Susu ini.

Pencuci mulut ini merupakan pilihan tepat untuk anda makan bersama keluarga tersayang. Sambil tonton movie bersama mereka di rumah, bolehlah nikmatinya secara sejuk dan segar.

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: Puding Roti Marble Yang Mak-Mak Sekarang Suka Buat, Tak Payah Kukus!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN