ayam masak kicap cendawan

Pelakon, Adam Corrie ada berkongsikan resipi masakan cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang sedap. Masakan Cina merupakan salah satu masakan yang cukup terkenal di Malaysia.

Bukan sahaja dinikmati oleh bangsa Cina, malah bangsa-bangsa lain juga turut menikmati masakan Cina dengan penuh selera. Jom lihat perkongsiannya oleh Adam Corrie di bawah.

Resipi Ayam Masak Kicap Cendawan

Cara-caranya:

1. Daging ayam dipotong sederhana besar. Kaki ayam jangan lupa potong kukunya. Potongan ayam tersebut diperap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman.

ayam masak kicap cendawan

2. Tumis halia, cili kering dan cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing)

3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu.

4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.

5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula dimasukkan ke dalam kuali. Tambah air bagi ia berkuah. Masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.

6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa.

7. Kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat kuahnya, boleh makan dengan mee sizzling. Kalau tak pekat makan dengan nasi.

Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pon.. tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..

ayam masak kicap cendawan

Kredit: Adam Corrie

Baca juga: Rahsia Fish Noodles Sedap Macam Di Restoran Cina, Kena Tambah 1 Bahan Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN