resepi bihun goreng tomyam

Resepi bihun goreng tomyam perkongsian oleh Puan Zuraida Nur ini cukup disediakan untuk makan malam atau sarapan pagi.

Tempoh memasak juga tidak mengambil masa yang lama. Dalam 15 minit sahaja sudah siap masak satu hidangan yang membuka selera.

Buat mak-mak yang mahu menjimatkan masa, menu ini sangat sesuai dijadikan idea untuk dimasak pada bila-bila masa.

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (rendam)
  • 5 ulas bawang merah (cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 batang serai (titik)
  • 1 genggam udang geragau (cuci bersih)
  • Udang segar secukupnya
  • 2 sudu makan pes thai tom yam
  • 1/2 batang lobak merah (hiris)
  • Sayur sawi (hiris)

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

resepi bihun goreng tomyam

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.

4. Bila bihun suka cukup rasa dan masak sempurna, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

resepi bihun goreng tomyam

Info:

  • Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi
  • Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya

Kredit resipi dan gambar: Zuraida Nur via Rasa

Baca juga: Mihun Goreng Kosong Macam Ni Pun Sedap! Tips Supaya Nampak Cantik & Berkilat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN