daging masak kandar

Daging Masak Kandar menu yang sinonim dengan masyarakat Mamak dari Pulau Pinang. Rasa yang kaya dengan rempah membuatnya sangat sesuai dipadankan bersama nasi kandar. 

Bayangkan gabungan daging masak kandar dengan nasi kandar, kuah dan sayur sampingan, memang akan buat kenyang seharian.

Bak kata orang tempatan Pulau Pinang, sempoi punya! Resipi kali ini, MyResipi akan kongsikan resipi daging masak kandar yang pembaca boleh masak sendiri di rumah.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Ayam Masak Bawang Ala Mamak, Suami Makan Bertambah 3 Kali!

RESIPI DAGING MASAK KANDAR

daging masak kandar

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram daging
  • 20 ulas bawang kecil (dihiris)

Bahan rendam dan ditumbuk:

  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 7 biji pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 15 tangkai cili kering (direbus)
  • 2 labu bawang besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 2 inchi halia (semua ini dikisar bersama bahan rendam di atas)

Bahan lain:

  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan kicap pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4-5 tangkai daun kari
  • Gula, garam dan kiub ayam/daging

Cara memasak:

  1. Tumis bawang hiris dan daun kari sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang telah diblender dan tumis sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan daging, kecilkan api dan biarkan sehingga air daging hampir kering dan daging hampir lembut.
  4. Masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, dan kiub. Masak sehingga kering.
  5. Jika suka, tambahkan bawang besar yang dipotong bulat pada akhir proses memasak. Jika menggunakan ayam, goreng ayam dahulu tetapi jangan biarkan terlalu garing.
  6. Gula akan lebih sedap jika menggunakan gula melaka asli. Jika kurang manis, tambahkan gula putih mengikut citarasa.
  7. Sedia dihidangkan.

daging masak kandar

Kalau nak tahu, gabungan rempah ratus seperti jintan putih, jintan manis, bunga lawang serta bunga cengkih ini lah yang membuatkan haruman daging masak kandar ini sangat mengiurkan!

Selamat mencuba.

Kredit gambar dan resipi: Dhia Orked 

Baca juga: Top 5 Nasi Kandar Terbaik di Pulau Pinang Yang Wajib Anda Pergi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN