ayam cream cheese cili padi

Resipi Ayam Cream Cheese Cili Padi adalah satu lagi inovasi dari Adik Foods yang menyelerakan bagi peminat masakan pedas dengan sentuhan keju yang lembut.

Dengan gabungan unik antara rasa pedas dari cili padi serta lemak berkrim lembut dari cream cheese, hidangan ini pasti memikat selera anda.

Baca juga: Cucur Kiub Kentang Stail Adik Foods, Resipi Sejak Tahun 1991, Moh Le Cuba!

Diperkaya dengan perasaan rempah yang kaya dan kesegaran perahan lemon, resipi ini menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan kontemporari yang memukau.

Resipi Ayam Cream Cheese Cili Padi

Memang sedap sungguh! Kome kena cuba resipi ni. Rasa pedas lemak berkrim yang lembut buatkan kita terlagi-lagi makan. Moh le buat!

Saya guna Anchor Cream Cheese, Traditional Style. Memang best cream cheese ni sebab:

✅ 100% krim masak tenusu dari New Zealand
✅ Bentuk licin dan rasa lemak berkrim
✅ Bagus dalam kestabilan bakar
✅ Sesuai dijadikan bahan dalam masakan panas dan sejuk

Bahan-bahan Ayam: Perap 30 minit, Air Fry 15 min, suhu 180C

Bahan-bahan Tumisan:

  • 3 sdb minyak masak
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 2 cawan air
  • 200g Anchor Cream Cheese
  • Daun bawang
  • Perahan lemon
  • Garam jika perlu

Bahan-bahan Kisar:

  • 7-9 biji cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 pelepah daun kari

Cara-cara penyediaan:

1. Perapkan drummet ayam selama 30 minit dengan campuran serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, tepung jagung, minyak masak, dan garam secukup rasa.

2. Air fry ayam pada suhu 180°C selama 15 minit.

3. Untuk bahan tumisan pula, panaskan 3 sudu besar minyak masak dalam kuali.

4. Tumis bawang besar yang telah dipotong dadu sehingga naik bau serta bahan kisar tadi. 

5. Masukkan air, kiub ayam, dan biarkan mendidih.

6. Kemudian, masukkan air, Anchor Cream Cheese, dan garam jika perlu.

7. Bila kuah sudah sebati, masukkan ayam yang sudah dimasak tadi dan gaul rata. 

8. Tabur daun bawang dan perahan lemon sedikit kalau suka. Siap dan sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@adikfoods

Adik’s Ayam Cream Cheese Cili Padi memang sedap sungguh! Kome kena cuba resipi ni. Rasa pedas lemak berkrim yang lembut buatkan kita terlagi-lagi makan. Moh le buat! Saya guna Anchor Cream Cheese, Traditional Style. . 🔘 Kredit lagu : Guantanamera . 🅱️ Bahan-bahan ▪️Perapan Ayam 30 minit, Air Fry 15 min, suhu 180C 800g Drummet Ayam 1 sdb serbuk cili 1 sdb serbuk ketumbar 1 sdk serbuk lada hitam 1 sdb tepung jagung 2 sdb minyak masak Garam secukup rasa ▪️Tumisan 3 sdb minyak masak 1 biji bawang besar – potong dadu 2 cwn air 1 kiub ayam 2 cwn air 200g Anchor Cream Cheese Daun bawang Perahan lemon Garam jika perlu ▪️Bahan Kisar 7-9 biji cili padi 5 ulas bawang putih 2 pelepah daun kari . #adikfoods #adikfoodsrecipe #tiktokmy #tiktokmalaysia #makanlokal #homecooking #mealprep #fypシ #foryourpagе #foryou #tiktokfood #tiktokindonesia #tiktoksingapore #tiktokbrunei #fyp #tiktokrecipe #cheese #enak #yummy

♬ original sound – AdikFoodS – AdikFoodS

Selamat mencuba.

Baca juga: Nasi Goreng Butter Salmon, SEDAP Rasa BerLemak Dan Pedas-pedas Manja

Sumber Adik Foods

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN