ipoh white coffee

Ipoh White Coffee, kopi tempatan di Malaysia, telah memberikan kita tempat di senarai ‘Kopi Terbaik di Dunia,’ seperti yang diumumkan oleh TasteAtlas.

Malaysia memang dikenali sebagai destinasi ‘syurga makanan’ bagi beberapa pelancong asing. Antara hidangan yang popular di negara kita adalah seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, dan sebagainya.

Selain hidangan berat, terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dinikmati semasa minum petang seperti lepat pisang, seri muka, pisang goreng, dan karipap.

Baca juga: Top 5 Ranking Dunia Oleh Taste Atlas, Ini Resipi Kuih Karipap Yang Boleh Cuba

Dalam topik minuman, dapat menikmati secawan Teh Tarik atau Kopi O yang masih panas, pastinya memuaskan hati.

IPOH WHITE COFFEE ANTARA 10 KOPI TERBAIK DI DUNIA 

ipoh white coffee

Gambar sekadar hiasan.

Menurut Taste Atlas, ‘Ipoh White Coffee’ telah disenaraikan sebagai salah satu kopi yang popular di kalangan masyarakat dunia. Minuman ini telah menduduki tempat ke-10 dalam senarai ’39 Kopi Terbaik Di Dunia’ yang diterbitkan pada 15 Mac yang lalu.

Kopi yang mendapat tempat pertama dalam senarai tersebut adalah Espresso Freddo dari Greece yang menggabungkan espresso dengan ais sehingga kopi itu menjadi sejuk sedikit dan berkrim. Campuran ini kemudian ditapis dan dituang ke atas ais dan dimaniskan secukup rasa.

Antara jenis-jenis kopi lain yang tersenarai dalam kedudukan 10 teratas adalah seperti berikut:

1. Espresso Freddo (Greece)
2. Café Cubano (Cuba)
3. Kopi Penapis India (India)
4. Freddo Cappuccino (Greece)
5. Café Bombon (Sepanyol)
6. Cappuccino (Itali)
7. Kopi Turki (Turki)
8. Ristretto (Itali)
9. Kopi Frappe (Greece)
10. Ipoh White Coffee (Malaysia)

‘Ipoh White Coffee’ juga bersaing dengan minuman kopi Flat White dari Australia dan Espresso dari Itali.

Kedudukan senarai jenis kopi ini dilakukan berdasarkan penilaian penonton TasteAtlas dengan menggunakan satu siri mekanisme yang mengiktiraf pengguna sebenar dan mengabaikan penilaian bot, nasionalis atau patriotik tempatan.

Senarai ’30 Kopi Terbaik di Dunia’ ini mencatatkan sejumlah 3,878 penilaian, tetapi hanya 2,559 sahaja yang diiktiraf oleh sistem sebagai sah.

TasteAtlas turut menyatakan tujuan senarai ini adalah untuk mempromosikan makanan tempatan yang berkualiti, menyemai sifat bangga terhadap hidangan tradisional, dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang hidangan yang belum dicuba.

FAKTA MENARIK TENTANG IPOH WHITE COFFEE

ipoh white coffee

Gambar sekadar hiasan.

Seperti namanya, ‘Ipoh White Coffee’ ini berasal dari Ipoh, Perak di Malaysia dan difahamkan ia dihasilkan dengan cara memanggang mengikut kaedah pendatang Hainan di Malaysia.

Biji kopi ini dipanggang di dalam marjerin sebelum digiling dan dibancuh untuk menghasilkan minuman kopi yang lebih lembut dan berkaramel.

Minuman ini biasanya akan dicampurkan bersama susu pekat dan ditambah dengan buih ringan.

Walau bagaimanapun, minuman ini tidak sama seperti ‘white coffee’ yang lain, iaitu merujuk kepada mana-mana kopi yang dihidangkan dengan tambahan susu atau krim.

Sumber: Taste Atlas

Baca juga: Laksa Sarawak Kalahkan Sushi Dalam Ranking Makanan Tradisional di Asia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN