agar agar cendol

Resepi agar agar cendol ini sangat lazat jika dihidangkan sebagai pencuci mulut, lebih lagi jika ia disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.

Rasa lemak cendol bersantan sangat sesuai bila digabungkan dengan lapisan gula merah. Anda juga boleh gantikan gula merah dengan gula melaka atau gula pasir.

Baca juga: Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok

RESEPI AGAR AGAR CENDOL

Bahan bahagian bawah:

– 1 bungkus cendol (toskan)
– 1 agar-agar serbuk (10g)
– 3/4 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
– 1 kotak kecil santan + air jadikan 1000ml
– Esen vanilla
– Secubit garam

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali cendol.

2. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.

3. Sentiasa kacau.

4. Masukkan cendol dalam acuan dan tuangkan agar-agar.

5. Biarkan sedikit keras, baru tuang lapisan agar-agar gula merah.

Bahan bahagian atas:

– 1 agar-agar serbuk (10g)
– 1 kotak kecil santan + air jadikan 1000ml
– 3/4 gula merah (boleh tambah ikut kemanisan yang disukai)
– Secubit garam
– Esen vanilla

Cara-cara:

1. Satukan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.

2. Sentiasa kacau hingga mendidih.

3. Tuangkan atas lapisan cendol.

4. Sebelum tuang, cucuk-cucuk lapisan cendol.

Kredit resipi dan gambar: Ogy Ahmad via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Makan Waktu Cuaca Panas Memang Sejuk Tekak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN