Resipi Thai Red Ruby Dessert atau Butir Delima ini adalah sejenis pencuci mulut tradisional dari Thailand yang popular di kalangan pencinta makanan manis. Dessert ini dikenali dengan nama “Tub Tim Grob” dalam bahasa Thai.
Ia terdiri daripada sengkuang cina dan tepung ubi kayu sebagai “ruby”, yang direndam dalam air gula, serta diletakkan di atas kuah santan berlemak manis. Barulah ia tak liat dan rasanya lebih sedap.
Baca juga: Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya
Manisan ini sering dihidangkan dengan ais parut dan kadang-kadang ditaburi dengan ais batu untuk tambahkan lagi kesegaran. Rasa manis dan tekstur yang unik menjadikan Thai Red Ruby Dessert pilihan yang segar dan memuaskan bagi ramai orang, terutamanya dalam cuaca panas.
RESIPI THAI RED RUBY DESSERT
Bahan-bahan untuk sirap:
- Isi nangka tin – asingkan dengan sirapnya dan hiris nipis
- Sirap nangka
- 1/2 cawan gula pasir
Bahan-bahan untuk kuah santan:
- 2 kotak krim kelapa pekat
- 2 cawan air
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan
Bahan-bahan untuk red ruby:
- 1 biji sengkuang/sengkuang cina
- Sirap ros/red colouring
- Tepung ubi kayu
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, asingkan buah nangka tin dari sirapnya. Buah nangka itu pula hiris nipis. Ketepikan.
2. Dalam pan, masakkan sirap nangka dan gula pasir hingga mendidih. Ketepikan.
3. Untuk buah bahan kuah santan pula, masukkan sedikit air, daun pandan, secubit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, sejuk dan ketepikan.
4. Sengkuang dipotong dadu kecil. Tuang sirap merah ke atasnya selepas siap dipotong untuk dijadikan red ruby. Kemudian, tapis dan toskan kering.
5. Tuang tepung ubi kayu ke dalam bekas. Masukkan red ruby dan kacau rata. Kemudian, tapir dari lebihan tepung.
6. Masak air hingga mendidih. Masukkan red ruby dan masak hingga salutan tepung masak berkilat.
7. Angkat red ruby dan sejukkan dalam air sejuk berisi ais.
8. Hiaskan thai red ruby dalam gelas dan sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@kak_t68 TUB TIM GROB♦️ ( Thai Red Ruby Dessert) @Saji Malaysia Bahan2 untuk Sirap 🥃Isi Nangka Tin diasingkan dari sirapnya (Nangka dihiris nipis) 🥃Sirap nangka 🥃1/2 cawan gula pasir Bahan2 untuk Kuah Santan 🥥2 kotak Krim Kelapa Pekat SAJI 🥥2 cawan Air 🥥Secubit garam SAJI 🥥2 helai Daun pandan Bahan2 untuk Red Ruby: ♦️1 biji Sengkuang ♦️Sirap Rose / Red Colouring ♦️Tepung ubikayu Cara2 boleh refer di video🎥 #redrubydessert #thaidessert #ramadhan2024 #tubtimgrob #pemanismulut #dessertlover #fyp #thaifood
Sumber: TikTok Hayati Abdullah
Baca juga: Resipi Chocolate Truffles Style Mr. Ali, Terasa Gourmet Buat Dessert Macam Ini