Resepi sambal ikan masin daun kunyit perkongsian Puan Norisma ini nampak sungguh sedap dan menyelerakan. Difahamkan, lauk ini merupakan makanan kegemaran arwah bapanya dan kini menjadi kesukaannya juga.
Disebabkan masakan ini ada memori manis untuk dikenang, lauk yang simple pun boleh jadi luar biasa dan istimewa. Lebih-lebih lagi masakan air tangan daripada mak dan ayah sendiri.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi lengkap di bawah. Sesuai digandingkan dengan nasi panas dan ikan goreng. Selamat mencuba!
Baca juga: Mudah Je Nak Buat ‘Kailan Ikan Masin’ Macam Kat Kedai Siam, Ini Caranya!
RESEPI SAMBAL IKAN MASIN DAUN KUNYIT
Bahan-bahan:
– 20 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
– 4 biji bawang merah
– 4 biji bawang putih
– 3 helai daun kunyit
– 3 batang serai
– Petai
– Ikan masin (ikan kurau)
Cara-cara:
1. Hiris semua bahan-bahan di atas. Ketepikan seketika.
2. Goreng ikan masin sehingga masak. Kemudian angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak yang sama goreng ikan masin tadi, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak layu sikit.
4. Masukkan pula petai, tumis sekejap.
5. Kemudian, masukkan daun kunyit dan juga serai. Tumis lagi sampai layu.
6. Masukkan ikan masin and asam keping, gaul bagi rata.
7. Masukkan air sikit, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Norisma Miskan
Baca juga: Ikan Masin Duri Tumis Kering, Guna 3 Bahan Je Tapi Sangat Menyelerakan!