resepi ayam bakar madu

Resepi ayam bakar madu ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Baunya yang mengiurkan boleh buat sesiapa saja tidak sabar untuk makan!

Jika sebelum ini asyik beli di pasar malam, kali ini apa kata kita belajar buat sendiri pula di rumah. Lagipun, harga untuk seketul ayam boleh tahan juga.

Memang puas hati makan kalau buat sendiri, lagi jimat dan berbaloi-baloi. Ikut saja resipi perkongsian oleh Mar Che di bawah.

Baca juga: Cara Rebus Kaki Ayam Agar Hilang Segala Bau Hanyir, Barulah Berselera Nak Makan!

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Bahan-bahan:

– 1/2 ekor ayam – potong ikut saiz digemari
– 1 sudu makan mentega @ marjerin
– 1 sudu makan sos tiram
– 3 sudu makan madu
– 1 sudu makan cili giling
– 1 sudu makan sos cili
– 1 sudu makan sos tomato

Cara memasak:

1. Cairkan mentega. Masukkan madu, sos tiram, sos cili, sos tomato dan cili giling. Gaul sebati.

2. Masukkan ayam. Gaul rata kemudian tutup kuali dan kecilkan api. Biarkan ayam masak dan sos jadi pekat.

resepi ayam bakar madu

3. Bila ayam kelihatan seperti berkaramel (seakan dibakar seperti dalam gambar), angkat dan sedia untuk dihidangkan.

4. Sesuai dinikmati bersama nasi ayam atau nasi panas-panas.

resepi ayam bakar madu

Kredit resipi dan gambar: Facebook Mar Che via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Merah Ala Kampung, Resipi Sempoi Yang Mudah & Lazat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN