Resepi wrap telur merupakan salah satu hidangan sarapan pagi yang paling mudah kerana ia cepat dimasak dan sedap. Bukan saja lazat, malah ia mampu mengenyangkan perut.
Jika anda suka banyak sayur, boleh letak lebih banyak salad dan timun. Jika suka sos, boleh letak sos juga. Wrap telur ini juga dimakan sebagai pengganti makan pagi atau makan malam.
Baca juga: Tortilla Wrap Homemade Guna 3 Bahan, Sedap & Jimat!
RESEPI WRAP TELUR RANGUP
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Roti wrap gardenia
– Telur
– Epal
– Chia seed
– Chilli flakes
– Blackpepper
– Lada benggala /capsicum
– Salad lettuce
– Sos cili
– Kewpie sos
Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan chiaseed, chilli flakes dan blackpepper. Kacau sebati.
3. Panaskan kuali bersama sedikit butter. Jika guna nonstick pan tak perlu letak ya.
4. Setelah panas, masukkan telur yang telah dipukul. Masak telur seperti telur dadar dengan api kecil sahaja agar tidak hangus.
5. Setelah masak, angkat telur tadi dan letakkan di atas wrap.
6. Sapu roti wrap dengan sedikit sos dan kewpie sos sebagai penambah rasa. Sapu keseluruhan wrap dengan rata.
7. Setelah itu taburkan salad dan lada benggala.
8. Diikuti dengan menabur epal yang telah di potong dadu ke atasnya. Epal ini yang akan membuatkan wrap telur ini rangup apabila digigit.
9. Gulungkan wrap mengikut citarasa. Boleh juga dipotong kepada dua untuk memudahkan suapan. Siap.
Kredit resipi dan gambar: Shida Ambok
Baca juga: Spicy Beef Wrap Guna Daging Burger, Mudah Dan Sedap