Kalian pernah cuba tak resepi ikan masak cuka? Rugi kalau siapa tak pernah merasa sebab menu ini tersangatlah sedap! Cara memasaknya juga cukup simple.
Masakan ini juga sedikit unik kerana ada rasa masam dari cuka. Oleh itu, anda kena pandai seimbangkan rasa masam, masin dan masam supaya kuahnya menjadi lazat.
Kalau ada yang mahu cuba memasaknya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Zorina Ayob di bawah.
Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!
RESEPI IKAN MASAK CUKA
Bahan-bahan:
- Ikan (digoreng dahulu)
- Bawang merah kecil
- Bawang putih (lagi sedap kalau letak banyak)
- Cili api
- Biji sawi (optional)
- Halia (hiris panjang halus)
- Sedikit serbuk kunyit
- Cuka
- Garam
- Perasa
- Sedikit gula
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah kecil, bawang putih, cili api dan halia yang sudah dihiris sehingga layu. Masakan kan lebih sedap jika lebihkan kuantiti bawang putih.
2. Apabila bahan tumisan sudah layu, letakkan pula sedikit air, cuka dan serbuk kunyit untuk memberi warna ‘kuning’ kepada masakan.
3. Kemudian, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Apabila sudah mendidih, baru masukkan ikan yang sudah digoreng.
5. Biarkan lagi sehingga mendidih dan semuanya sebati. Ubai suai rasa kuah mengikut citarasa masing-masing sehinggga cukup rasa asam garam.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zorina Ayob
Baca juga: Hanya Guna Cuka, Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Walaupun Dah Dibasuh