Sesetengah masakan akan bertambah sedap apabila ditaburkan dengan bawang goreng rangup. Rasa tidak lengkap sekiranya makanan seperti soto, bihun goreng, bihun sup, mi goreng atau nasi goreng jika tidak diserikan dengan taburan bawang goreng.
Walaupun kini bawang goreng ready made mudah didapati di mana-mana kedai, tetapi tentu ramai yang ingin cuba membuatnya sendiri di rumah. Bagi yang tak biasa buat, bawang mungkin akan terlembik, hangit, pahit dan cepat lemau.
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tips membuat bawang goreng yang rangup dan tahan lama tanpa menggunakan tepung. Tetapi hasilnya bawang rangup tetap rangup kruk krak!
Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!
TIPS BUAT BAWANG GORENG RANGUP TANPA TEPUNG
Bahan-bahan:
- Bawang rose
- Garam halus
Cara-cara:
- Hiris bawang rose. Kemudian gaul dengan garam halus sebelum digoreng.
- Pastikan guna minyak yang banyak semasa menggoreng.
- Apabila bawang sudah kelihatan berwarna perang keemasan, padam api dan terus angkat. Bawang akan garing dengan sendiri sebab masih panas.
- Jangan tunggu gelap baru keluarkan, nanti hangus dan rasa pahit sebab minyak yang melekat di bawang akan memasakkan dengan sendiri.
- Walaupun tak letak tepung, bawang goreng tetap rang!up dan tahan lama.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hamidah Hamid
Baca juga: Petola Ular Goreng Rangup Macam Mamak, Tak Ada Pahit Langsung!