jangan makan telur

Telur merupakan makanan kegemaran ramai. Tetapi, jangan makan telur dengan beberapa jenis makanan ini kerana tidak sesuai dan boleh memudaratkan. 

Walaupun telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi dan mempunyai banyak manfaat, ini tidak bermakna telur boleh dipadankan dengan apa sahaja jenis makanan atau minuman.

Baca juga: 10 Makanan Yang Tak Boleh Makan Mentah, Ini Sebabnya

Terdapat beberapa minuman dan makanan yang perlu dielakkan selepas memakan telur. Berikut adalah beberapa makanan yang tidak sesuai dimakan bersamaan dengan telur, merangkumi pelbagai sumber.

JANGAN MAKAN TELUR DENGAN 7 JENIS MAKANAN DAN MINUM INI

1. Susu Soya

Walaupun susu soya adalah salah satu sumber protein nabati yang terbaik, elakkan pengambilan susu soya bersamaan dengan telur. Apabila kedua-duanya diambil bersama, kadar protein dalam badan akan meningkat dengan cepat. Ini boleh menghalang penyerapan protein.

2. Teh

jangan makan telur

Ramai orang mengambil telur dan segelas teh panas sebagai hidangan sarapan. Namun, gabungan makanan dan minuman ini boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Beberapa masalah yang mungkin timbul dari gabungan kedua-duanya termasuk sembelit dan peningkatan pengeluaran asid lambung. Menurut Journal of Nutrition, apabila minum teh bersama telur, ia boleh mengurangkan jumlah protein yang diserap sehingga 17 peratus.

3. Gula

Elakkan mengambil telur dengan gula. Apabila diambil bersamaan, asid amino yang dikeluarkan oleh keduanya boleh menjadi racun dan menyebabkan pembentukan gumpalan darah.

4. Pisang

Gabungan telur dan pisang akan terasa berat di perut dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna. Sebagai alternatif yang lebih baik, nikmatilah keduanya secara berasingan sebagai sebahagian daripada pola makan yang sihat.

5. Daging

jangan makan telur

Kandungan lemak dan protein yang tinggi dalam telur dan daging boleh menyebabkan gabungan keduanya sukar dicerna. Selain itu, mengambilnya dalam masa yang sama boleh menyebabkan keletihan.

6. Produk susu

Telur dan susu juga sering menjadi hidangan sarapan bagi ramai orang. Namun, sebenarnya tidak disarankan untuk mengambil keduanya bersamaan. Menurut India Times, mengambil telur bersamaan dengan produk susu seperti keju boleh menyebabkan masalah pencernaan.

7. Jeruk

Elakkan mengambil telur bersamaan dengan jeruk. Ini kerana, keasaman dalam buah sitrus berpotensi untuk membekukan telur semasa dimasak bersamaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: India of Times, Journal of Nutrition

Baca juga: Kenali 10 Tanda Makanan Sudah Basi Dan Cara Nak Elak Supaya Tak Sakit

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN