Biasanya kalau nak masak spaghetti bolognese, kita guna sos segera yang dijual di dalam botol kan? Rupanya boleh buat sendiri menggunakan resepi sos bolognese ini, jauh lagi sedap!
Yang penting rasa lebih fresh sebab menggunakan tomato segar. Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.
Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu
RESEPI SOS BOLOGNESE HOMEMADE
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 biji tomato
- 1 biji bawang merah
- Lobak
- 7 ulas bawang putih
- 1 sudu besar setiap Italy herb (oregano, parsley, basil)
- Daging burger atau daging cincang
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga masak.
2. Masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili dan gaul sebati.
3. Seterusnya, masukkan pula tomato yang sudah dipotong dadu.
4. Masukkan juga lobak merah yang dipotong dadu.
5. Kemudian, masukkan daging dan gaul rata.
6. Apabila daging sudah masak, taburkan italy herb (wajib letak).
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Siap, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Noratiqah Nordin
Baca juga: Jom Masak Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam, Rasanya Memang Creamy & Tak Muak!