cara ketam salin kulit

Pernahkah anda melihat cara ketam salin kulit? Jika tidak pernah, mari kita kongsi momen-momen yang jarang dilihat haiwan laut ini menukarkan cengkerang.

Sebuah video yang menunjukkan detik-detik jarang dilihat oleh manusia ini telah dirakam dan dikongsi di Facebook Daily Mail.

Baca juga: Menu Majlis Santapan Diraja Putera Mateen Jadi Perhatian, Ramai Terliur Rupanya!

Dalam video berdurasi empat minit tersebut, kita dapat menyaksikan proses ketam menukar cengkerang, yang memakan masa yang agak lama kerana ketam tersebut perlahan-lahan menolak keluar dari cengkerang lamanya.

CARA KETAM SALIN KULIT, DAN KENAPA KENA TUKAR CANGKERANG? 

 

Menurut penjelasan dalam video, ketam perlu melakukan proses tukar kulit, serupa dengan manusia yang perlu menukar pakaian apabila badan kita makin besar dan pakaian lama sudah tidak muat.

Proses ini dikenali sebagai molting dalam bahasa Inggeris atau ganti kulit jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Sehari sebelum proses ganti kulit, ketam tersebut akan menyerap air laut untuk membuat badannya mengembang.

Setelah badannya mengembang, ia akan memudahkan haiwan laut ini untuk menolak keluar dari cengkerang lama.

Difahami juga, bahawa cengkerang baru ketam pada awalnya akan lembut, tetapi selepas beberapa hari hingga sebulan, cengkerang tersebut akan menjadi keras.

Sekali seumur hidup dapat tengok ketam tukar cangkerang baru. Selalu tahu makan je, huhu. 

Sumber: Facebook Daily Mail

Baca juga: Lelaki Buat Roti Jala Untuk ‘Officemate’ Korea, Tak Sangka Ini Reaksinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN