Beijing Fried Sauce Noodles, atau juga dikenali sebagai Zhajiangmian, adalah sejenis mi yang berasal dari China, khususnya dari Beijing.
Mi ini dikenali kerana kuah sosnya yang kaya dan pekat. “Zhajiang” bermaksud “sos yang dicampur” dan “mian” bermaksud “mi”. Jadi, secara keseluruhannya, hidangan ini merujuk kepada mi yang dicampur dengan sos yang kaya dan pekat.
Baca juga: Mee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini
Sosnya biasanya terbuat daripada daging cincang yang dimasak bersama bawang putih, bawang merah, dan kacang kedelai hitam. Mi ini kemudian dicampur dengan sos tersebut sebelum dihidangkan.
Beberapa versi mungkin juga memasukkan sayur-sayuran atau bahan-bahan lain untuk menambah kepelbagaian rasa dan tekstur.
Jadi, Beijing Fried Sauce Noodles adalah hidangan mi yang lazat dan berperisa khas Beijing, China, dengan ciri khusus pada sosnya yang dicampur. Ikuti resipi dari perkongsian Norhidayah Mohd Aripin ini.
RESIPI BEIJING FRIED SAUCE NOODLES (ZHA JIANG MIAN)
Bahan untuk mee :
- 1 pek San Remo Linguine
Bahan-bahan untuk sos :
- 13 ulas bawang putih dicincang
- 7 batang daun bawang dihiris
- 500g daging lembu kisar (boleh kurangkan)
- Air bancuhan tepung jagung
- 2 kuntum bunga lawang*
- 2 ke 3 sudu besar lada Sichuan*
Bancuh asing :
- 3-4 sudu besar taucu
- 4-5 sudu besar sos Hoisin (kalau tak ada, boleh skip, resipi asal guna sweet bean sauce)
- 4-5 sudu besar dark soy sauce
- 3 sudu besar light soy sauce
- 3 sudu besar cuka hitam (cuka putih pun boleh, resipi asal guna wine)
- 2 sudu besar gula perang
- Seasoning
- Air
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan daging kisar ke dalam kuali.
2. Daging dah keluarkan air, masukkan rempah kisar, bawang putih dan daun bawang.
3. Naik bau, masukkan bancuhan sos.
4. Boleh tambah air tapi jangan terlalu banyak.
5. Perasakan garam jika perlu. Garam masuk sikit, kemudian tambah rasa masin dengan taucu.
6. Tambah serba sedikit sos jika ada terkurang rasa. Bancuhan sos hanya anggaran.
7. Bila semua rasa dah ada, masukkan air tepung jagung dan kacau.
Cadangan Hidangan:
1. Dihidang bersama parutan timun batang dan lobak merah.
2. Jika suka extra pedas, boleh dimakan bersama chili oil. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Norhidayah Mohd Aripin
Baca juga: Ayam Kung Pao Kacang Gajus, Masakan Chinese Yang Super SEDAP!