hantu durian

Anda hantu durian? Durian adalah buah yang mempunyai bau yang kuat dan rasa yang unik. Apabila makan durian, ada beberapa makanan dan minuman yang sebaiknya dihindari bersama-sama kerana boleh menyebabkan masalah pencernaan atau sensasi yang tidak selesa.

Mengambil makanan dan minuman tertentu pada masa yang sama dengan durian boleh menyebabkan tindak balas alergi yang berisiko untuk nyawa.

Baca juga: Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Ini Suka Jika Pelanggan Anggap Durian Rosak

Oleh itu, penting untuk anda mengetahui jenis makanan dan minuman yang sebaiknya dielakkan apabila mengambil durian. Berikut adalah beberapa makanan dan minuman yang anda patut elak selepas makan buah durian. 

JIKA HANTU DURIAN, ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN INI

1. Makanan Laut

hantu durian

Jangan makan durian bersama dengan makanan laut seperti udang atau ketam. Gabungan bau durian yang kuat dengan bau makanan laut boleh menghasilkan kombinasi yang kurang enak.

2. Alkohol

Bagi yang bukan beragama Islam, hindari meminum alkohol bersama durian. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan bahkan mual.

3. Susu

hantu durian

Durian mengandungi asid yang tinggi, dan meminum susu bersama-sama boleh menyebabkan perut kembung atau gangguan pencernaan.

4. Minuman Bersoda

Minuman bersoda juga sebaiknya dihindari, kerana gas dalam minuman bersoda boleh menyebabkan perut kembung apabila dikombinasikan dengan durian.

5. Buah-Buahan Asid

Menghindari makan durian bersama buah-buahan asid seperti jeruk atau mangga hijau, kerana kombinasi ini boleh menambah keasaman dalam perut.

6. Makanan Pedas

Makanan pedas mungkin tidak sesuai dengan durian, kerana rasa pedas dan kuat durian mungkin tidak selaras.

7. Makanan yang Berbau Kuat

Hindari makanan dengan bau yang sangat kuat seperti bawang putih, sebabnya bau durian sendiri pun sudah cukup kuat.

8. Kopi

Durian mengandungi kolesterol tinggi dan lemak tepu, manakala kopi boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar denyut jantung.

Gabungan kedua-duanya boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Disarankan untuk menghindari mengambil kedua-dua makanan tersebut secara serentak.

9. Daging Kambing 

Gabungan kedua-dua makanan ini boleh menimbulkan kesan negatif pada badan. Daging kambing mempunyai kesan termogenik yang tinggi yang boleh meningkatkan suhu badan dan menyebabkan sensasi panas di dalam badan. Situasi ini mungkin menjadi tidak selesa jika dimakan selepas durian.

Penting untuk diingat bahawa reaksi terhadap kombinasi makanan berbeza untuk setiap orang. Jika anda tidak pasti, lebih baik menghindari mengonsumsi makanan atau minuman tertentu bersamaan dengan durian.

Sumber: Merdeka.com

Baca juga: Top 5 Jenis Durian Yang Popular Di Malaysia, Nombor 3 Paling Ramai Peminat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN