cara masak rendang ayam

Mudah saja cara masak rendang ayam, tapi ramai yang tidak berjaya kerana ayam menjadi hancur.

Jangan risau, rupanya rendang hancur lebih sedap sehingga ada yang sengaja memasaknya. Ia juga dikatakan lebih sedap untuk dimakan dengan ketupat dan lemang.

Maksud ‘hancur’ di sini bukanlah hancur lebur, sekadar hancur-hancur manja sahaja. Oleh itu, jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Telur Pun Sedap Dibuat Rendang, Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak!

CARA MASAK RENDANG AYAM VERSI HANCUR MANJA

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang besar 3-4 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili hidup merah + hijau 5 tangkai
  • Lengkuas, halia, kunyit hidup 1 inci
  • Serai 2 batang diracik
  • Buah keras 2 biji

Bahan-bahan lain:

  • Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
  • Cili kisar 2 senduk
  • Serbuk kari ayam (saya org kedah, rempah o berpisah tiada) *sebarang jenama pun boleh ikut selera masing-masing
  • Kerisik segar 3 peket kecil atau 300gram
  • Santan segar 1 cawan
  • Gula kabong /nisan (rahsia saya) 😁
  • Garam, serbuk hilal (perasa)
  • Daun kunyit diracik halus
  • Daun pandan

Cara memasak:

1. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan masuk bahan kisar, tumis sampai bau wangi. Wajib garing dan naik bau wangi.

2. Kemudian baru masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dengan api sederhana sehingga betul-betul pecah minyak. Perlahankan api.

3. Seterusnya, masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak sampai memekat. Pastikan api perlahan.

4. Masukkan garam, gula kabong dan serbuk perasa. Ayam bahagian isi akan auto hancur. Bahagian bertulang pula akan kekal cantik.

5. Bila dah dapat tekstur pekat, boleh tutup api dan taburkan daun kunyit. Boleh letakkan juga daun limau purut jika suka.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama ketupat dan lemang. Selamat mencuba!

Tips: Kalau tak suka hancur, goreng ayam separuh masak terlebih dahulu.

cara masak rendang ayam

Kredit resipi dan gambar: Fateema Azzahra

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Cili Hijau Pedas ‘Menyengat’, Sangat Membuka Selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN