mee bandung

Rupanya ini resepi rahsia mee bandung yang lagi sedap dan padu dari biasa. Sekali suap, dijamin akan nak makan berkali-kali!

Cara memasaknya juga tidak terlalu susah. Yang penting, kena ada semua bahan-bahan yang diperlukan.

Untuk mengetahui apakah bahan-bahan dan cara penyediaannya, mari kita sama-sama ikuti resipi perkongsian oleh Puan Zana Mokhtar di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga:  Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

RESEPI RAHSIA MEE BANDUNG SEDAP

Bahan-bahan untuk pes:

  • Udang kering yang direbus dulu
  • Air rebusan udang kering
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit biskut marrie

Kisar kesemua bahan di atas dan tumiskan untuk dijadikan pes.

mee bandung

Bahan-bahan untuk kuah:

  • Daging/tulang daging
  • Udang hidup
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Ubi kentang (untuk pekatkan kuah)

Cara memasak:

1. Rebus tulang daging/daging sehingga empuk terlebih dahulu dan jangan buang air rebusan sebab akan dijadikan stok kuah nanti.

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah dibuat pes tadi.

3. Biarkan seketika sehingga tumisan pecah minyak dan selepas itu boleh masukkan tulang daging/ daging yang sudah direbuskan tadi.

mee bandung

4. Biar seketika supaya bahan mesra. Selepas itu, masukkan kesemua stok air daging tadi dan sedikit air.

5. Biarkan semesra daging tersebut dan masukkan kentang yang sudah dikisar ke dalam kuah tapi sebelum itu kentang perlu digoreng dahulu dan baru lah dikisarkan.

6. Masukkan udang, fish cake, fish ball dan pecahkan telur dalam kuah.

7. Biar masak seketika dan akhir sekali masukkan sayur sawi.

8. Angkat dan siap dihidangkan bersama mi dan bawang goreng.

mee bandung

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar

Baca juga: Resipi Mee Suah Tiram ‘Taiwan Style’, Buat Sendiri Dijamin Halal & Tak Was-Was!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN