khairul aming

Bagi mengelakkan barangan dirampas, Khairul Aming, seorang pempengaruh dan usahawan yang sedang bercuti di New Zealand, telah berkongsi beberapa tip mudah untuk mendeklarasikan produk makanan ketika melalui pemeriksaan kastam.

Satu amalan biasa di kalangan rakyat Malaysia apabila melancong atau bercuti lama ke luar negara ialah membawa makanan atau bahan-bahan masakan.

Baca juga: Oblong Ramly ‘Laku Keras’ Gara-Gara Resipi Khairul Aming

Walau bagaimanapun, menghadapi cabaran ketika membawa produk makanan ke negara tertentu seperti New Zealand atau Australia adalah sesuatu yang kerap berlaku.

Ini kerana beberapa negara mempunyai kawalan imigresen yang sangat ketat, dan pengenalan produk makanan sering kali dilarang.

Oleh itu, pelancong perlu mematuhi prosedur deklarasi barang bawaan. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan undang-undang terhadap pelancong.

KHAIRUL AMING KONGSI TIP DECLARE BARANG SEMASA IMIGRESEN TENGAH ‘CHECK’

khairul aming

Melalui tangkap layar video yang dikongsikan di Instagram Stories, Khairul Aming telah memberikan tip tentang cara untuk ‘declare’ bahan masakan yang diimport dari Malaysia agar tidak disita di imigresen New Zealand.

@saysseismik

Tak tahu pulak ada cara bagi makanan tak dirampas semudah ini tipstravel travel newzealand kastam beritasosial

♬ original sound – saysseismik – saysseismik

Ikuti langkah-langkah berikut jika anda tidak mahu makanan atau bahan masakan yang anda bawa dirampas:

Pertama sekali, ambil gambar produk yang dibawa atau dapatkan gambar dari Google.

Selanjutnya, buat senarai masukkan jenama, bahan, dan kuantiti untuk setiap bahan masakan atau barang yang anda bawa.

Akhir sekali, cetak senarai bahan masakan yang anda bawa dan serahkan kepada pihak kastam dan imigresen di negara yang anda kunjungi.

Khairul juga mendedahkan bahawa petugas kastam dan imigresen yang bertanggung jawab juga turut tersenyum dengan penggunaan kaedah ini kerana ia mempermudah dan mempercepat proses pemeriksaan.

“Petugas imigresen dan kastam sangat gembira. Mereka mengucapkan terima kasih kerana penyusunan senarai ini telah memudahkan proses kerja mereka.

“Oleh itu, dengan kaedah ini, tidak ada barang yang perlu dirampas, Alhamdulillah,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak kastam dan imigresen sangat gembira dan berterima kasih kerana proses pendeklarasian tersebut memudahkan urusan mereka.

Semoga tip ini bermanfaat.

Sumber: X, TikTok

Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN