paru goreng rangup

Ramai yang gagal setiap kali membuat paru goreng rangup. Orang kata kena goreng biar lama sikit, barulah rangup. Betul ke?

Haa, kalau nak tahu cara yang betul untuk hasilkan paru goreng yang crispy, mari kita sama-sama belajar resipinya seperti yang dikongsikan oleh Puan Norlela Abdullah di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Masak Asam Yang Lazat, Ini Petua Agar Tak Liat & Rangup Sampai Petang!

PETUA PARU GORENG RANGUP

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Paru
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Tepung beras
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara-cara penyediaannya:

1. Pertama sekali, rebus paru di dalam air mendidih. Kemudian, sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang untuk dihiris apabila sudah keras.

2. Kalau hiris tanpa dimasukkan dalam chiller, agak susah untuk dihiris nipis. Hiris senipis mungkin dengan pisau tajam.

3. Kemudian, kisar semua bahan kecuali paru dengan sedikit air. Gaul dengan paru yang sudah dihiris nipis tapi dan goreng di dalam minyak yang betul-betul panas.

4. Bila paru dah agak masak, boleh kecilkan api. Pastikan paru dah agak keras seperti kerepek baru angkat. Jika tidak, nanti tak rangup.

5. Selamat mencuba!

paru goreng rangup

Kredit resipi dan gambar: Norlela Abdullah

Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN