resipi cromboloni

Patutlah resipi Cromboloni ini viral, sebab penampilannya yang sangat mengancam! Bila dilihat, bentuknya yang menarik dan memikat, ditambah lagi dengan lapisan coklat, pasti membuat anda teruja untuk membelinya dalam kuantiti besar.

Cromboloni ialah sejenis pastri yang dihasilkan melalui gabungan antara croissant dan bomboloni. Ia merupakan donat yang berasal dari negara Itali yang diisi dengan jem coklat, strawberi, dan lain-lain. Biasanya, cromboloni ini dijadikan sebagai snek.

Dengan sapuan diatasnya menampakkan keunikan yang tidak ada pada donut lain. Dari pandangan jauh, ia kelihatan seperti pastri dan tiada rupa seperti roti biasa.

Baca juga: Cara Buat Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell, Guna Pastri Segera Saja!

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa membuat Cromboloni sendiri di rumah lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Oleh itu, MyResipi ingin berkongsi cara membuat Cromboloni yang viral untuk memudahkan anda membuatnya sendiri di rumah. 


RESIPI CROMBOLONI VIRAL

resipi cromboloni

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung roti
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 20 gram marjerin cair
  • 1 Kuning Telur
  • 125 ml susu cair penuh krim
  • 30 gm Gula
  • 1 sudu kecil Yis Segera
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 100 gr Korsvet / Pastri Marjerin
  • Jem coklat Coklat berlapis
  • Alatan khas, Rolling pin

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan papan leper kayu atau meja bagi membentangkan puff pastri.

2. Sapukan pada puff pastri di atas papa tersebut dan canainya perlahan-lahan guna rolling pin.

3. Apabila doh terasa mudah untuk dibentuk serta anjal, anda boleh mula membentuk cromboloni.

4. Sila potong pastri dengan memanjang dan lebar ikut citarasa anda.

5. Kemudian, susun diatas satu persatu pastri yang anda potong tadi.

6. Seterusnya, gulungkan dari hujung ke hujuang secara kemas dan cuba bentukan bulatan bola sehingga doh habis.

7. Sekiranya anda inginkan cromboloni yang besar boleh tambahkan sahaja gulungan pastri puff.

8. Susun pastri yang dibentuk tadi dalam loyang leper bulat.

9. Pukul kuning telur dan sapukan pada setiap pastri yang siap digulung tadi.

10. Kemudian, panaskan dahulu ketuhar pada suhu 180 darjah.

11. Anda boleh bakar cromboloni lebih kurang dalam 20-25 minit.

12. Setelah kelihatan warna keperangan dan masak, boleh terus keluarkan dari api bagi sejukkan ke suhu bilik.

13. Apabila cromboloni sudah sejuk, bolehlah sapu jem kesukaan anda guna penyepit dan alat yang tajam untuk membuat rongga ditengah.

14. Masukkan jem tersebut ke dalam lubang dengan bantuan piping bag.

15. Cromboloni anda sudah siap! dan boleh dinikmati segera bersama keluarga. 

resipi cromboloni


Selamat mencuba.

Sumber: Farisya Annisa

Baca juga: Tip Pilih Butter ASLI Untuk Kek Dan Biskut, Baru Menjadi & Lebih Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN