ikan singgang kuning

Bagi yang gemarkan lauk pauk berkuah tanpa santan atau rempah, resepi ikan singgang kuning ini memang sesuai dengan anda.

Bukan saja sedap malah menu ini cukup mudah dan pantas untuk disediakan. Selain itu, masakan ini juga sesuai untuk ibu yang sedang berpantang.

Cukup sedap jika dihidangkan dengan nasi panas. Nak cuba? Mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Puan Mizah Ngatiman di bawah.

Baca juga: Rahsia Masak Singgang Tulang Yang Lembut Tanpa Guna Pressure Cooker

RESEPI IKAN SINGGANG KUNING

Bahan-bahan tumbuk:

  • 1 sb ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

*Tumbuk lumat.

Bahan-bahan lain:

  • 1 batang serai (diketuk)
  • Asam jawa
  • 2 tangkai lada besar
  • 1 batang bunga kantan (potong dua)
  • 4 ekor ikan kembung hijau
  • Bendi

Cara memasak:

1. Tumis bahan tumbuk dan serai dgn sedikit sahaja minyak. Biarkan layu.

2. Letak air secukupnya ikut banyak mana kuah kita suka. Biarkan mendidih.

3. Bila dah mendidih, masukkan ikan. Masukkan juga cili, bunga kantan, asam keping, garam secukupnya dan bendi.

4. Biarkan mendidih seketika sehingga ikan masak. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ikan singgang kuning

Kredit resipi dan gambar: Mizah Ngatiman

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN