Biasanya kita guna ikan patin untuk masak patin tempoyak, pais ikan patin dan sebagainya. Tapi kali ini apa kata jom cuba resipi sup ikan patin pula.
Mungkin ada yang menyangka menu ini agak pelik tapi sebenarnya tidak. Ramai yang sudah biasa memasaknya.
Jika ada yang risau sekiranya sup berbau hanyir, mari ikuti perkongsian resipi oleh Puan Rudyana Abdullah di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak Asli Pahang, Ini Tips Hilangkan Bau Hanyir Ikan
RESEPI SUP IKAN PATIN
Bahan-bahan:
- Kulit kayu manis
- 4 sekawan
- Bawang putih (diketuk)
- Bawang holland (dimayang dan bahagi 2)
- Halia (dimayang/diketuk)
- Garam
- Ajinomoto
- Lada burung
- Limau nipis
- Daun bawang
- Daun sup
- Bawang merah goreng
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan. Kemudian, masukkan halia, bawang putih dan bawang holland sedikit. Tumis sekejap hingga sedikit garing.
2. Masukkan air secukupnya mengikut kuantiti kuah yang diingini. Letakkan juga lada burung, garam dan ajinomoto. Biarkan sehingga kuah mendidih.
3. Apabila sudah mendidih, baru masukkan kepala ikan dan yang lain. Untuk elak ikan berbau hanyir, rendam sekejap dengan asam jawa, tepung gandum atau asam limau nipis.
4. Masukkan pula baki bawang holland. Jangan lupa perahkan asam limau. Taburkan juga daun bawang dan daun sup.
5. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rudyana Abdullah
Baca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!