kuih nagasari

Kuih nagasari merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal di Kelantan dan Terengganu. Jika di Indonesia, ia dikenali dengan nama bandang-bandang.

 Ia diperbuat dari tepung beras serta beberapa bahan lain dan dicampur dengan pisang dan keledek. Kemudian, kuih tersebut akan dimasak dengan cara kukus.

Kuih nagasari asalnya dibalut dengan daun pisang. Namun begitu, resipi perkongsian Puan Siti Hasnah AR ini dikukus dalam versi talam.

Baca juga: Kuih Talam Pisang Sukatan Cawan, Lembut Bergedik Ikut Resipi Ini

RESEPI KUIH NAGASARI VERSI TALAM

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 kotak kecil santan kotak (tambah air jadikan 3 cawan santan)
  • Secubit garam
  • 7 biji pisang masak (potong bulat)
  • 1 biji keledek manis (potong memanjang kecil)

Cara-cara penyediaannya:

1. Satukan semua bahan kecuali pisang dan keledek.  Gaul sebati sehingga semuanya bercampur rata.

2. Kemudian, masukkan pisang dan keledek manis ke dalam adunan tadi. Gaul lagi sehingga adunan tersalut pada pisang dan keledek.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan minyak. Ratakan adunan.

4. Akhir sekali, adunan sedia untuk dikukus selama 20 minit. Pastikan pengukus sudah didihkan terlebih dahulu.

kuih nagasari

5. Sejukkan seketika sebelum dipotong, selamat mencuba!

kuih nagasari

Kredit resipi dan gambar: Siti Hasnah AR

Baca juga: Kuih Talam Seri Muka Pandan, Resipi Dijamin ‘Anti-Gagal’ & Lembut Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN