sambal tomato

Buat sesetengah orang, tidak lengkap rasanya jika makan nasi tanpa sebarang sambal. Kalau kalian dah selalu makan sambal belacan, kali ini apa kata jom kita cuba resepi sambal tomato ini pula.

Cara penyediaannya cukup mudah dicuba dan tidak renyah. Bahan-bahan yang diperlukan juga biasanya sudah ada di rumah, tak perlu susah-susah keluar ke pasar raya.

Resipi yang telah dikongsikan oleh Makcik Ratu ini juga dijamin dapat memikat hati sesiapa sahaja yang menjamahnya. Jadi, kalian jangan lupa cuba di rumah ya!

Baca juga: Resipi Sambal Penyet Ketagih, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!

RESEPI SAMBAL TOMATO JAWA

Bahan-bahan:

  • 5 batang cili merah
  • 10 batang cili padi hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 tomato merah ranum (boleh juga guna 6 biji tomato ceri)
  • 1 ruas jari belacan
  • 1 sudu kecil gula (boleh juga guna gula perang)
  • Sedikit garam
  • Sebiji jus limau nipis

Cara-cara:

1. Potong kecil cili merah merah, cili padi hijau, bawang merah dan tomato. Kemudian tumis dalam kuali dengan sedikit minyak sehingga agak layu.

2. Selepas itu, boleh diangkat dan lenyek menggunakan lesung.

3. Tambahkan belacan, gula, garam dan perahan 1 biji jus limau nipis.

sambal tomato

4. Siap, selamat mencuba!

sambal tomato

Kredit resipi dan gambar: Makcik Ratu

Baca juga: Resipi Sambal Goreng ‘Pedas Berapi’, Menu Simple Tapi Cukup Menyelerakan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN