gulai tempoyak ayam

Biasanya kita masak gulai tempoyak ikan, tapi kali ini jom cuba resipi gulai tempoyak ayam yang sedap dan penuh aroma ini pula. Rasa gulai ini juga setanding dengan gulai tempoyak ikan, lebih lagi jika guna tempoyak yang segar.

Yang paling penting, rasa kuah gulai perlu seimbang dari segi masin, masam dan sedikit manis. Jika ada yang mahu mencuba kelainan, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Yaya Bazli di bawah.

Baca juga: Cara Masak Tempoyak Ikan Patin ‘Original’ Dari Pahang, Guna 4 Bahan Je

GULAI TEMPOYAK AYAM

Bahan-bahan:

  • Ayam 6 ketul
  • Tempoyak 3 hingga 4 sudu besar
  • Cili api (kuantiti mengikut tahan kepedasan yang disukai)
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam
  • Gula 

Cara memasak:

1. Kisar 3 hingga 4 sudu tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup beserta 1 cawan air. Kisar sehingga bahan hancur.

2. Kemudian tuang bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan 1 keping asam keping, 6 ketul ayam, daun kesum, bunga kantan dan 1 mangkuk air. Kacau sebati semua bahan dan biarkan ia mereneh.

gulai tempoyak ayam

3. Bila ayam dah masak, masukkan garam, serbuk perasa (jika suka) dan gula untuk seimbangkan rasa tempoyak. Kadang-kadang ada tempoyak yang masam dan ada yang manis.

4. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

gulai tempoyak ayam

Tips: Ada 1 tips nak dapatkan warna gulai tempoyak itu cantik, gunakan cili api merah atau cili besar merah. Baru cantik warna dia.

Kredit resipi dan gambar: Yaya Bazli

Baca juga: Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama, Ada Petua Kalau Tak Nak Masam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN