Kalau keluar pergi ke kafe-kafe, mesti terliur tengok secawan ais latte yang dibuat oleh barista. Tapi kalau setiap hari beli di luar, memang koyak juga poket nanti.
Tapi bila terbayangkan kepekatan dan lemak air kopi ini, memang sedap tekak. Rupanya kita pun boleh sendiri air latte ni di rumah.
Baca juga: Teknik Bancuh Air Neskopi Kaw Yang Sedap, Rasa Ala-Ala Mocha Tealive Gitu!
Resipi dan cara buat yang dikongsi Nur Leayanna Juan ini, memang sekejap saja dah siap. Tak perlu guna mesin kopi pun. Ikuti cara membancuh di bawah.
RESIPI AIS LATTE, KOS HANYA RM3 SATU CAWAN
Bahan-bahan:
- Susu Full Cream
- 1 sachet Frenche Roast Ice Latte
- 50 ml air panas
- 2 sudu besar air gula
Cara-cara membancuh:
1. Letak 1 sachet ais latte dalam cawan lain + air panas (asalkan serbuk kopi segera itu tenggelam)
2. Whisk serbuk kopi tadi seperti kacau nak buat telur dadar.
3. Dalam cawan yang lain, letak ais dan susu full cream 3/4 daripada cawan.
4. Selepas itu, campur air kopi dan susu dalam satu cawan. Boleh tambah gula. Siap.
Selamat menikmati secawan ais latte tanpa guna mesin. Jima duit poket!
Sumber: Nur Leayanna Juan
Baca juga: Ais Batu Guna Air Masak Atau Air Paip? Ini CARA Nak Bezakan