Resepi lempeng kampung ini sama saja seperti lempeng biasa. Namun, ia lebih gebu dan lembut. Dicicah pula dengan gulai ayam atau sambal ikan bilis, memang sedap tak terkata!
Bahan utama untuk membuat lempeng kampung ini juga hanya memerlukan beberapa bahan utama iaitu tepung gandum, telur, air serta beberapa bahan lain.
Jika ada yang mahu mencubanya, mari ikut resipi lengkap perkongsian oleh Fuad Ismail Iskandar di bawah. Sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau makan malam. Selamat mencuba!
Baca juga: Lempeng Guna Daun Pisang, Auto Teringat Nostalgia Zaman Kecil Dulu-Dulu
RESEPI LEMPENG KAMPUNG GEBU
Bahan-bahan:
- Tepung gandum 2 cawan setengah
- 3 cawan setengah air
- 2 biji telur
- Garam sedikit
- Ajinomoto sedikit
- 3 sudu minyak masak
Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan di atas di dalam pengisar. Kisar sehingga semuanya bercampur rata dan sebati.
2. Pastikan tekstur adunan tidak terlau cair atau terlalu pekat.
3. Panaskan kuali non stick. Sendukkan 1 sudu adunan ke atas kuali dan lenggengkan kuali supaya adunan rata.
4. Masak sehingga timbul buih halus, kemudian baru terbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat ke dalam pinggan dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fuad Ismail Iskandar
Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis, Ada Petua Nak Lagi Sedap & Berlemak